Guna Setel untuk peluang menang hadiah sehingga RM375,000! Info lanjut

Og Parking

Shah Alam – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini mengadaptasi dan memperkenalkan satu lagi cara bayaran caj tempat letak kereta di Shah Alam dengan penggunaan aplikasi Setel. Kini pengguna aplikasi Setel boleh membuat bayaran caj tempat letak kereta apabila meletakkan kenderaan mereka di dalam petak parkir di kawasan operasi tempat letak kereta Shah Alam.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Y.Brs. Dr. Nur Fuad Abdul Hamid, “Sebagai langkah ke arah pendigitalan tempat letak kereta di Shah Alam, MBSA melalui Syarikat Operator tempat letak kereta iaitu Suasa Efektif (M) Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan cara pembayaran caj tempat letak kereta. Pada ketika ini pengguna tempat letak kereta boleh membayar caj tempat letak kereta melalui Aplikasi Smart Selangor Parking’, FlexiParking, Touch ’n Go e-Wallet dan juga melalui Kupon Digital GoPayy yang mana telah diperkenalkan pada bulan April 2022. Kini MBSA memperkenalkan pula cara bayaran baharu melalui aplikasi Setel sebagai satu lagi aplikasi telefon pintar kepada pengguna tempat letak kereta di Shah Alam”.

Aplikasi Setel merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Setel Ventures Sdn. Bhd. (SVSB) yang merupakan salah satu anak syarikat di bawah PETRONAS Dagangan Berhad (PDB). Melalui aplikasi Setel, pengguna PETRONAS mendapat faedah mengisi petrol dengan lebih cekap dan selamat di semua stesen minyak PETRONAS seluruh negara.

Menurut Mazlin Erawati Ab Manan – Ketua Pegawai Eksekutif Setel pula, “Setel sentiasa didorong untuk menyediakan solusi yang lancar dan berasaskan inovasi untuk memudahkan perjalanan pemandu di Malaysia. Dengan meluaskan penggunaan fungsi On-Street Parking, pengguna kini boleh melakukan pembayaran parkir mereka di Shah Alam dengan satu sentuhan butang, semuanya daripada aplikasi Setel. Fungsi ini bukan sahaja memudahkan proses pembayaran tempat letak kereta untuk pengguna Setel, tetapi ia juga membawa kami selangkah lebih dekat ke arah mewujudkan pengalaman mobiliti yang lebih inklusif di Malaysia.”

Menurut Dr. Hj. Zainuddin Bin Othman – Ketua Pegawai Eksekutif Suasa Efektif (M) Sdn Bhd pula, “Suasa Efektif (M) Sdn Bhd sentiasa bekerjasama rapat bersama-sama Majlis Bandaraya Shah Alam demi memberikan khidmat terbaik kepada pengguna tempat letak kereta di Shah Alam. Ini adalah merupakan inisiatif yang terbaru selepas kami memperkenalkan Kupon Digital GoPayy”.

Kepelbagaian yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam kepada pengguna tempat letak kereta akan memberikan lebih pilihan di dalam memilih cara bayaran yang lebih mudah kepada pengguna. Inisiatif yang diambil oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama Suasa Efektif (M) Sdn Bhd dan juga Setel adalah amat bertepatan dengan matlamat pendigitalan tempat letak kereta di Shah Alam.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi EN. SHAHRIN AHMAD,

  • Ketua Bahagian, Korporat & Perhubungan Awam
  • di talian 03-5522 2743

Setel Logo

Introduced in July 2018, Setel is a mobile platform that aims to delight customers by innovating for better, inclusive mobility. Setel serves customers across Malaysia by powering one app as the constant companion to ease motorists’ journey across fuelling, parking, EV charging, motor takaful/insurance, road tax renewal, 24/7 auto assistance, purchases, and more across PETRONAS petrol stations, retail partners, and online merchants. Download Setel for free from App Store, Google Play Store and Huawei AppGallery, or find out more at https://www.setel.com.

For media enquiries:
VoxEureka
setel@voxeureka.com

Share this news article

Other news

Alamanda shopping centre

Frame 14191

e-Receipt that is available instantly.

Popup E Receipts

Statements with details of every transaction.

Popup Transaction Statement

Day & time acceptance

C4

Product type acceptance

C3

Petrol station acceptance

C2

Velocity limit

C1

E-receipt

Image2

Dashboard

Bf Pop Xl
Bf Pop M
Bf Pop S

Step 5

Z5

Step 4

Z4

Step 3

Z3

Step 2

Z2

Step 1

Z1

Step 3

V3

Step 2

V2

Step 1

V

Precinct 4 & 5

2232

Precinct 2

434

Precinct 2 & 3

3323

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Available at

Supermarket & Grocery Mart – Fresh Meat & Foods

Supermarket & Grocery Mart – Frozen Foods

Supermarket & Grocery Mart – Fruits & Vegetables

Supermarket & Grocery Mart – Organic Food

Supermarket & Grocery Mart – Seafood

Specialty & Services – Logistics

Specialty & Services – Food Delivery & Meal Prep