Terma dan Syarat

Terma dan Syarat berikut, Terma dan Syarat DuitNow QR dan Terma dan Syarat DuitNow NAD terpakai kepada para Pengguna Aplikasi Setel dan Setel Lite (selepas ini secara kolektif dirujuk sebagai “Aplikasi Setel”) serta Perkhidmatan yang disediakan oleh Setel Ventures Sdn Bhd (No. Pendaftaran: 201901000991: 1310317-A). Dengan memuat turun, memasang dan / atau meggunakan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan, Pengguna tanpa syarat dan tidak batal bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat secara mutlak dan tidak bersyarat.

 

Jika Pengguna tidak menerima Terma dan Syarat ini, sila hentikan penggunaan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan dengan serta merta.

 

SECARA AM

 

Aplikasi Setel dan Perkhidmatan adalah disediakan oleh Setel Ventures Sdn Bhd. Terma dan Syarat ini hendaklah mentadbir akses dan / atau penggunaan Pengguna terhadap Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan. Selagi mana Pengguna mematuhi Terma dan Syarat ini, Pengguna boleh menggunakan Aplikasi Setel dan Perkhidmatan berdasarkan terma – terma tersebut.

 

Setel merizabkan hak untuk meminda, mengubah, menambah atau menghapuskan mana – mana peruntukan di bawah Terma dan Syarat ini pada bila – bila masa yang dikira perlu oleh Setel dan perubahan tersebut hendaklah berkuatkuasa selepas dua puluh satu (21) hari setelah ia dimuat naik dan diterbitkan oleh Setel di dalam laman sesawang kami. Pengguna bersetuju bahawa penggunaan berterusan Pengguna terhadap Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan hendaklah dikira sebagai penerimaan Pengguna terhadap Terma dan Syarat termasuklah mana – mana terma yang boleh dipinda dari semasa ke semasa. Pengguna seterusnya bersetuju bahawa Pengguna hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memeriksa dengan kerap Terma dan Syarat ini untuk sebarang kemas kini atau pindaan.

1. DEFINISI

  • Akaun Setel bermaksud akaun yang didaftarkan dan diselenggara oleh Pengguna di dalam Aplikasi Setel.
  • Bantuan Auto bermaksud perkhidmatan – perkhidmatan bantuan jalan raya yang disediakan oleh Peniaga pihak ketiga.
  • BNM bermaksud Bank Negara Malaysia.
  • CardTerus bermaksud ciri laluan terus pada Aplikasi Setel. Aplikasi Setel akan menjadi proksi kepada Pengguna untuk menggunakan kad debit / kredit mereka bagi pembayaran dalam aplikasi bagi bahan api dan barangan kedai runcit PETRONAS (Kedai Mesra) atau barangan dan / atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh para Peniaga PETRONAS. Pengguna akan dikehendaki untuk menambah kad pilihan mereka ke dalam Dompet Setel sebelum menggunakan ciri laluan terus ini di dalam Aplikasi Setel.
  • Dompet Setel bermaksud ciri e-dompet milik, dan dikawal oleh Pengguna, membolehkan mereka untuk membuat pembayaran dalam aplikasi melalui Aplikasi Setel.
  • Dompet Keluarga bermaksud ciri yang membenarkan Pemilik Dompet Setel untuk berkongsi kreditnya di dalam Dompet Setel dengan rakan – rakan dan ahli keluarga yang terpilih (“Ahli Dompet Setel’).
  • Gabungan Parkir Setel bermaksud ciri yang membolehkan pemandu untuk membuat pembayaran parkir melalui Aplikasi Setel.
  • Harta Intelek bermaksud mana – mana hakcipta, paten, rekabentuk, cap dagangan, aplikasi untuk mendaftarkan mana – mana hak tersebut, rahsia tred, hak terhadap pengetahuan, dan mana – mana hak intelek atau industri yang lain dalam apa – apa sifat yang ada di mana – mana bahagian dunia.
  • Kami bermaksud Setel Ventures Sdn. Bhd. (“Setel”).
  • Kenyataan Privasi Setel bermaksud kenyataan privasi berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang boleh diakses melalui https://www.setel.com/privacy.
  • Kod Kategori Peniaga (MCCs) bermaksud nombor empat digit yang digunakan untuk menerangkan dan mengelaskan jenis aktiviti utama peniaga.
  • MCC 6540 bermaksud isian semula akaun, atau nilai tersimpan pembelian – pembelian kad, dan kod ini hendaklah atau boleh muncul apabila Pengguna membuat pembayaran untuk produk dan perkhidmatan daripada Peniaga yang menunjukkan transaksi tambah nilai melalui CardTerus.
  • Para Pengguna atau Pengguna bermaksud individu yan mendaftar dan mengakses Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan.
  • Pembayaran Kod QR bermaksud kaedah pembayaran Kod Respon Pantas (Kod QR) statik atau dinamik yang membenarkan Pengguna untuk membayar menggunakan e-Dompet Setel mereka bagi pembelian di kedai runcit PETRONAS (Kedai Mesra) dan peniaga – peniaga lain yang diaturkan oleh Setel.
  • Pemilik Dompet Keluarga atau Pemilik bermaksud Pengguna yang menjadi pemilik dan pengawal utama kepada Dompet Setel, menghoskan Ahli Dompet Setel yang terpilih.
  • Pengesahan Akaun Elektronik (e-KYC) bermaksud proses validasi elektronik untuk mengenal pasti pengguna dengan mengesahkan maklumat peribadi Pengguna.
  • Pengendali Titik Pengecasan bermaksud peniaga yang mengendalikan stesen pengecasan EV dan membolehkan Pengguna mengaktifkan Titik Pengecasan untuk mengecas semula bateri EV mereka.
  • Peniaga bermaksud peniaga – peniaga yang ditetapkan oleh Setel Ventures Sdn Bhd untuk menawarkan barangan dan / atau perkhidmatan dan menerima pembayaran melalui Aplikasi Setel.
  • Peniaga PETRONAS bermaksud peniaga – peniaga yang ditetapkan oleh Setel Ventures Sdn. Bhd. yang menjual barangan dan / atau perkhidmatan dan menerima pembayaran melalui Aplikasi Setel di stesen – stesen PETRONAS dan kedai – kedai runcit PETRONAS.
  • Perkhidmatan bermaksud ciri – ciri yang disediakan oleh Aplikasi Setel yang membolehkan Pengguna untuk melaksanakan transaksi – transaksi di Aplikasi Setel.
  • Setel Lite bermaksud versi ringan Aplikasi Setel yang direka untuk memberikan pengalaman mengisi minyak yang lebih ringkas kepada Pengguna dengan kapasiti memori telefon yang terhad, peranti Android lama, atau sambungan internet mudah alih yang perlahan.
  • Tambah Nilai Tunai bermaksud tambah nilai ke dalam Dompet Setel yang dibuat oleh Pengguna secara tunai di stesen PETRONAS yang mengambil bahagian melalui pengimbasan kod QR Setel Pengguna oleh juruwang.
  • Terma dan Syarat bermaksud Terma dan Syarat ini yang mentadbir akses kepada dan / atau penggunaan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan.
  • Titik Pengecasan bermaksud unit yang menyediakan kuasa elektrik untuk mengecas semula bateri Kenderaan Elektrik (EV), termasuk perkakasan, penyambung, kabel, elektronik kuasa, dan infrastruktur berkaitan.
  • Transaksi E-dagang (Perdagangan Elektronik) bermaksud pembelian barangan dan perkhidmatan melalui rangkaian dunia luas atau internet.

2. PENGGUNAAN PERKHIDMATAN

2.1 Dengan mendaftar akaun di Aplikasi Setel, Pengguna mewarankan dan menyatakan bahawa;

2.1.1 Pengguna telah mencapai umur lapan belas (18) tahun dan ke atas.

2.1.1 Jika Pengguna berumur bawah lapan belas (18) tahun (“Kanak – Kanak”) yang berniat untuk melanggan kepada Aplikasi Setel dan / atau menggunakan Perkhidmatan, Pengguna tersebut mestilah mendapatkan kebenaran daripada ibubapa atau penjaga yang sah untuk membuka Akaun Setel sebelum pendaftaran. Walaubagaimanapun, ibubapa atau penjaga yang sah hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya kepada penggunaan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan oleh Kanak – Kanak tersebut.

2.1.3 Jika Pengguna berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas dan merupakan ibubapa atau penjaga yang sah yang membenarkan Kanak – Kanak untuk menggunakan Akaun Setel yang didaftarkan di bawah nama Pengguna, Pengguna hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan oleh Kanak – Kanak.

2.1.4 Jika Pengguna berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas dan merupakan ibu bapa atau penjaga yang sah, hendaklah dikira bersetuju untuk menanggung rugi dan melindungi Setel daripada apa – apa tuntutan, kerugian, ganti rugi, liability, kos dan perbelanjaan yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan penggunaan Kanak – Kanak terhadap Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan.

2.1.5 Jika anda ialah ibubapa atau penjaga yang sah dan anda hendak membatalkan akses kepada Perkhidmatan yang dinikmati oleh Pengguna yang merupakan Kanak – Kanak, sila emel hello@setel.com dan berikan maklumat – maklumat yang berkaitan kepada Setel.

2.2 Untuk menggunakan perkhidmatan, Pengguna perlu memuat turun Aplikasi Setel di Peranti Mudah Alih Pengguna dan mendaftar akaun dengan Setel. Setelah Akaun dibuat, Pengguna boleh menstorkan/menyimpan duit elektronik prabayar sehingga Lima Ribu Ringgit Malaysia (RM5,000.00) sahaja.

2.3 Pengguna boleh meningkatkan had Akaunnya kepada Lima Ribu Ringgit Malaysia (RM5,000.00) sahaja dengan memberikan maklumat yang diperlukan oleh Setel untuk tujuan pengesahan melalui proses e-KYC. Walau bagaimanapun, hanya Kanak-kanak yang telah mencapai umur enam belas (16) tahun atau lebih dibenarkan untuk meningkatkan had Akaun mereka sehingga Ringgit Malaysia Lima Ribu (RM5,000.00).

2.4 Baki Dompet Setel Pengguna akan terdiri daripada dua jenis:

2.4.1 Baki boleh dipindah milik

i. Baki Dompet Setel boleh dipindahkan sekiranya baki tersebut berasal dari perbankan dalam talian, pemindahan DuitNow,  tambah nilai tunai di stesen PETRONAS yang mengambil bahagian atau tambah nilai manual dengan kad kredit (tambah nilai automatik dengan kad kredit dianggap tidak boleh dipindahkan).

ii. Pengguna boleh menggunakan baki Dompet Setel yang boleh dipindah milik untuk memindahkan wang ke bank tempatan atau akaun individu lain melalui pemindahan DuitNow, dengan syarat Pengguna telah berjaya melengkapkan proses pengesahan e-KYC.

2.4.2 Baki tidak boleh dipindah milik

i. Baki Dompet Setel tidak boleh dipindah milik jika ia berasal daripada kad debit, kad kredit (termasuk auto top-up), wang tunai balik Setel, e-Dompet lain, voucer, inisiatif kerajaan, atau penebusan Mata Ganjaran Mesra.

ii. Pengguna tidak boleh menggunakan baki Dompet Setel yang tidak boleh dipindah milik untuk memindahkan wang.

2.4A Tambah Nilai Tunai

2.4A.1 Pengguna boleh mengemukakan kod QR Setel Pengguna di stesen PETRONAS yang mengambil bahagian untuk diimbas oleh juruwang bagi melaksanakan transaksi tambah nilai.

2.4A.2 Juruwang akan menerima amaun tunai daripada Pengguna dan memproses tambah nilai tersebut ke dalam Dompet Setel Pengguna. Setelah transaksi berjaya diselesaikan, amaun yang bersamaan akan dipaparkan dalam baki Dompet Setel Pengguna.

2.4A.3 Tiada yuran tambahan akan dikenakan oleh Setel bagi transaksi Tambah Nilai Tunai.

2.4A.4 Penggunaan dana yang ditambah melalui Tambah Nilai Tunai, serta keseluruhan baki dalam Dompet Setel Pengguna, akan tertakluk kepada had Dompet yang berkenaan seperti yang diperuntukkan dalam Klausa 2.3, 2.4, 2.11 dan 2.21.

2.5 Untuk menggunakan ciri CardTerus, Pengguna akan dikehendaki untuk menambah kad pilihan Pengguna ke dalam Aplikasi Setel. Pengalaman ini akan membolehkan pembayaran yang lebih lancar dengan proses pengesahan yang lebih pantas (melalui PIN).

2.5.1 Jumlah maksimum kad yang boleh didaftarkan di dalam Dompet Setel ialah enam (6);

2.5.2 Had maksimum menggunakan kad yang telah didaftarkan bagi transaksi di kedai runcit PETRONAS (Kedai Mesra), stesen petrol atau Peniaga ialah RM200.00 bagi setiap transaksi dan secara terkumpul terhad kepada RM2,000.00 sehari;

2.5.3 Mana – mana pembayaran bagi produk dan / atau perkhidmatan daripada Peniaga hendaklah dipaparkan sebagai satu (1) entri pada kenyataan kad Pengguna mewakili transaksi yang dibuat kepada Setel;

2.5.4 Mana – mana pembelian dibuat melalui CardTerus daripada Peniaga hendaklah diklasifikasikan di bawah MCC 6540 yang menunjukkan bahawa ia adalah transaksi tambah nilai; dan

2.5.5 Transaksi tambah nilai (MCC 6540) walaubagaimanapun tidak akan mengubah baki di Dompet Setel Pengguna disebabkan amaun tersebut tidak akan dicajkan atau ditolak serta merta selepas transaksi dibuat.

2.6 Untuk menggunakan ciri Dompet Keluarga, Pemilik Dompet Setel perlu menambah sekurang – kurangnya satu (1) Pengguna kepada Dompet Keluarganya. Pengguna tersebut akan ditambahkan secara automatik kepada Dompet Keluarga dan menjadi Ahli kepada Dompet Keluarga, dan Pemilik akan menjadi Pemilik rasmi kepada Dompet Keluarga. Ahli boleh menggunakan dan mendapat manfaat daripada Dompet Setel Pemilik.

2.6.1 Pemilik Dompet Keluarga bertanggungjawab bagi pemilihan Ahli Dompet Keluarga, oleh itu hemat yang tinggi dan pertimbangan mestilah diambil apabila memilih dan menghantar jemputan kepada Ahli Dompet Keluarga. Setel hendaklah tidak bertanggungjawab terhadap mana – mana pemilihan yang salah, penggunaan yang tidak sah, kerugian, pembalikan, fi, tuntutan, penalti atau caj balik, yang ditanggung oleh Ahli Dompet Keluarga Pemilik.

2.6.2 Ciri Dompet Keluarga membenarkan sehingga lima (5) Ahli Dompet Keluarga bagi satu – satu Pemilik. Bilangan ahli Dompet Keluarga akan berbeza, bergantung kepada taraf keahlian Mesra Pemilik. Pemilik yang berada pada tangga keahlian Junior Mesra boleh mempunyai maksimum dua (2) orang ahli di dalam Dompet Keluarga, manakala Pemilik yang berada pada tangga keahlian Explorer Mesra boleh mempunyai maksimum tiga (3) orang Ahli di dalam Dompet Keluarga mereka, dan Pemilik yang berada pada tangga keahlian Hero Mesra boleh mempunyai maksimum lima (5) ahli di dalam Dompet Keluarga.

 2.6.3 Pemilik Dompet Keluarga akan dimaklumkan bagi setiap pembelian yang dibuat menggunakan Dompet Setel miliknya dan tiada kelulusan diperlukan sebelum setiap transaksi yang dilakukan oleh mana – mana Ahli Dompet Keluarga.

2.6.4 Ciri Dompet Keluarga hanya boleh digunakan jika Pemilik mengesahkan Akaun Setel miliknya dan jika Pemilik berjaya melepasi proses pengesahan e-KYC. Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, hanya Pemilik Dompet Keluarga yang diperlukan untuk melengkapkan langkah tambahan ini bagi tujuan – tujuan pengesahan.

2.7 Untuk menggunakan ciri Bantuan Auto, nama Pengguna, nombor telefon, dan nombor plat kenderaan perlu dikongsikan dengan Peniaga yang berkaitan yang menawarkan perkhidmatan – perkhidmatan tersebut.

 2.7.1 Pengguna bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat berkenaan kenderaannya kepada Peniaga dan / atau bengkel yang terpilih.

2.7.2 Pengguna bersetuju bahawa Pengguna bebas untuk memilih Peniaga dan perkhidmatan yang diperlukan. Sebarang permohonan pembatalan hanya boleh dibuat sebelum pembayaran dibuat. Tiada sebarang perubahan atau pembatalan diterima setelah proses pembayaran dilengkapkan.

2.7.3 Sebarang permohonan tambahan atau perkhidmatan atau pembayaran selain daripada yang ditawarkan melalui Aplikasi Setel hendaklah disampaikan dan diuruskan secara terus dengan Peniaga yang terpilih berdasarkan budi bicara Pengguna.

2.7.4 Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa perkhidmatan bantuan jalan raya adalah ditawarkan oleh Peniaga pihak ketiga. Sebarang komplikasi atau isu yang timbul daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh Peniaga pihak ketiga hendaklah disampaikan dan diuruskan secara terus dengan Peniaga. Sebarang permohonan mengenai bayaran balik adalah tertakluk kepada polisi bayaran balik kami di bawah Klausa 11 Terma dan Syarat ini.

2.8 Untuk menggunakan ciri Gabungan Parkir Setel, Pengguna dikehendaki untuk terlebih dahulu melengkapkan tetapan sekali – waktu bagi membenarkan dan menambah nombor plat kenderaan Pengguna di Aplikasi Setel.

2.8.1 Nama Pengguna dan nombor plat kenderaan akan dikongsikan dengan Peniaga dan Pengguna hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat kenderaan Pengguna adalah tepat dan terkini.

2.8.2 Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan bahawa Pengguna mempunyai baki yang mencukupi atau amaun dalam Aplikasi Setel untuk menggunakan ciri Gabungan Parkir Setel dengan lancar.

2.8.3 Pengguna akan dimaklumkan jika akaun Setel milik Pengguna tidak mempunyai baki yang mencukupi. Pengguna harus mengambil maklum bahawa transaksi tersebut akan ditolak atau dikira tidak berjaya jika perkara ini berlaku.

2.8.4 Pengguna mengaku dan bersetuju bahawa Setel tidak akan dipertanggungjawabkan bagi sebarang isu yang timbul semasa proses keluar daripada ruang parkir disebabkan kelengahan transaksi tambah nilai di dalam Dompet Setel Pengguna. Sebarang komplikasi atau isu yang boleh timbul daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh Peniaga parkir hendaklah disampaikan dan diuruskan secara terus dengan Peniaga. Sebarang permohonan berkaitan bayaran balik adalah tertakluk kepada polisi bayaran balik kami di bawah Klausa 11 Terma dan Syarat ini.

2.8.5 Untuk menggunakan Aplikasi Setel bagi membuat pembayaran parkir jalanan, Pengguna dikehendaki untuk memilih lokasi parkir dan tempoh parkir dengan fi parkir masing – masing dipaparkan. Sebarang permohonan pembatalan hanya dibenarkan sebelum pembayaran dibuat. Tiada sebarang perubahan atau pembatalan diterima setelah proses pembayaran selesai.

2.9 Untuk membeli atau memperbaharui insurans kenderaan melalui Aplikasi Setel, Pengguna dikehendaki untuk memenuhi kriteria pembaharuan yang ditetapkan oleh penyedia insurans masing – masing, iaitu Generali dan Etiqa. Kriteria pembaharuan boleh didapati di sini dan juga di Aplikasi.

2.9.1 Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua maklumat peribadi yang dikongsi adalah tepat dan terkini.

2.9.2 Pengguna bertanggungjawab untuk menyemak dan mengesahkan sebut harga yang dikongsikan oleh penyedia insurans. Untuk pecahan yang lebih lengkap, Pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan sebutharga di Aplikasi Setel.

2.9.3Sebarang isu berkaitan insurans setelah transaksi selesai (tuntutan, pembatalan, dll) diuruskan oleh syarikat insurans. Pengguna boleh menghubungi bahagian khidmat pelanggan bagi setiap penyedia insurans (maklumat lanjut boleh didapati di sini).

2.9.4 Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa apa – apa pertikaian, tuntutan atau bayaran balik berkenaan dengan transaksi insurans hendaklah disampaikan dan diuruskan secara terus dengan syarikat insurans.

2.10 Untuk meggunakan perkhidmatan pembaharuan cukai jalan dalam Aplikasi Setel, Pengguna dikehendaki untuk memenuhi kriteria pembaharuan yang termasuk perkara – perkara berikut;

    1. Insurans Pengguna tidak luput lebih daripada 30 hari;
    2. Insurans Pengguna masih sah bagi tempoh lebih daripada 2 bulan;
    3. Kenderaan Pengguna berumur kurang daripada 20 tahun;
    4. Pengguna berumur antara 18 – 76 tahun;
    5. Kenderaan Pengguna tidak mempunyai sebarang saman yang perlu dilunaskan (senarai hitam);
    6. Kenderaan Pengguna hanya untuk kegunaan persendirian sahaja (bukan untuk tujuan e-hailing).

2.10.1 Untuk memperbaharui cukai jalan melalui Aplikasi Setel, Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua maklumat (seperti nombor plat Pengguna, jenis kenderaan, dan maklumat peribadi) yang dikongsikan pada Aplikasi Setel adalah tepat.

2.10.2 Pengguna dikehendaki untuk membayar fi cukai jalan berdasarkan kadar cukai jalan Semenanjung Malaysia tanpa mengambil kira lokasi kenderaan pada masa cukai jalan dihantar untuk permohonan pembaharuan (contohnya jika kenderaan tersebut terletak di Sabah, Sarawak, Pulau Pangkor, Pulau Langkawi atau Labuan).

2.10.3 Pengguna hanya dibenarkan untuk memohon untuk pembaharuan cukai bagi tempoh 12 bulan sahaja.

2.10.4 Pengguna dibenarkan untuk memperbaharui kenderaan – kenderaan yang dimiliki oleh syarikat melalui Aplikasi Setel tertakluk kepada kenderaan – kenderaan tersebut tidak digunakan untuk tujuan e-Hailing. Pengguna hendaklah memilih “No. Pendaftaran Syarikat” di dalam ruangan “Jenis ID” dan mengisikan maklumat yang sepatutnya.

2.10.5 Setelah cukai jalan tersebut diposkan, Pengguna boleh mengesan penghantaran cukai jalan Pengguna setelah menerima kod pengesanan melalui emel daripada syarikat cukai jalan. Anggaran tempoh masa penghantaran adalah seperti berikut:

      1. Semenanjung Malaysia: 3 – 5 Hari Bekerja
      2. Sabah dan Sarawak: 5 – 7 Hari Bekerja (jika alamat penghantaran cukai jalan terletak di Sabah dan Sarawak).

2.10.6 Apa – apa isu berkenaan cukai jalan yang timbul setelah transaksi dilakukan (perubahan, kesalahan, pembatalan, ganti rugi, kelewatan dalam penghantaran, dll.) adalah diuruskan oleh syarikat cukai jalan. Pengguna boleh menghubungi bahagian sokongan pelanggan syarikat di general@obright.asia untuk bantuan berhubung apa – apa isu berkaitan pembaharuan cukai jalan.

2.10.7 Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa apa – apa pertikaian, tuntutan, atau bayaran balik berkaitan pengeluaran / pembaharuan cukai jalan hendaklah disampaikan dan diruskan secara terus dengan syarikat di general@obright.asia.

 

2.10A Untuk menggunakan ciri pengecasan EV Setel, Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa:

    1. Jumlah akhir yang perlu dibayar akan dikira oleh Pengendali Titik Pengecasan setelah sesi pengecasan EV dihentikan.
    1. Fi tinggal lebih masa (overstay fee) atau fi terbiar (idle fee) mungkin dikenakan oleh Pengendali Titik Pengecasan dalam senario di mana sesi pengecasan berlanjutan melebihi tempoh yang lama atau di mana Pengguna gagal menghentikan sesi pengecasan setelah bateri EV dicas penuh.
    1. Pengguna hendaklah memastikan ketersediaan baki atau jumlah yang mencukupi dalam Aplikasi Setel Pengguna untuk memudahkan penggunaan ciri pengecasan EV Setel yang lancar.
    1. Pengguna hendaklah mengekalkan baki dompet minimum Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) untuk pengaktifan Titik Pengecasan Arus Ulang-alik (AC), dan Ringgit Malaysia Seratus (RM100.00) untuk Titik Pengecasan Arus Terus (DC).
    1. Pengguna akan dimaklumkan sekiranya terdapat baki tidak mencukupi dalam Akaun Setel Pengguna, dan Pengguna mengakui bahawa sebarang transaksi tersebut akan ditolak atau dianggap tidak berjaya dalam keadaan sedemikian.
    1. Bagi pembayaran CardTerus, Setel akan mengenakan caj sementara untuk mengesahkan kesahihan kad sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) apabila Titik Pengecasan diaktifkan. Caj ini bertujuan untuk mengesahkan kemampuan kad kredit/debit untuk dicaj. Proses bayaran balik bagi caj ini akan dilaksanakan setelah pengesahan kesahihan kad berjaya. Jumlah bayaran balik akan dipaparkan dalam akaun bank Pengguna dalam tempoh empat belas (14) hari kalendar, walaupun tempoh ini mungkin berbeza bergantung kepada bank pengeluar kad masing-masing. Pengguna mengakui bahawa caj ini mungkin muncul pada penyata bank Pengguna tetapi ia bukan caj yang telah selesai dan tidak akan dipaparkan dalam Aplikasi Setel, kerana hanya pembayaran yang berjaya dan selesai sahaja yang kelihatan dalam Aplikasi Setel. Sekiranya caj tersebut tidak dibayar balik dalam tempoh yang ditetapkan, Pengguna boleh memaklumkan Setel untuk siasatan lanjut.
    1. Setel berhak untuk melaksanakan pemulihan pembayaran secara automatik atau manual menggunakan mana-mana kaedah pembayaran yang dipautkan pada akaun Pengguna untuk sesi yang telah digunakan tetapi bayaran belum berjaya dicaj. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan baki dompet yang mencukupi atau kad pembayaran yang sah tersedia untuk menyelesaikan sebarang jumlah tertunggak sebelum, semasa, dan selepas menamatkan sesi. Sekiranya percubaan pemulihan secara automatik atau manual gagal, Setel boleh memaklumkan Pengguna untuk memudahkan pemulihan pembayaran.
    1. Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa Setel tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang isu yang mungkin timbul semasa pengaktifan Titik Pengecasan, pengecasan, proses penghentian, atau berkaitan invois akhir. Sebarang komplikasi atau isu yang timbul daripada perkhidmatan yang disediakan oleh Pengendali Titik Pengecasan hendaklah dimaklumkan dan diuruskan secara langsung dengan Pengendali Titik Pengecasan. Sebarang permintaan berkaitan bayaran balik adalah tertakluk kepada polisi bayaran balik kami di bawah Klausa 11 Terma dan Syarat ini.

 

2.10B Untuk menggunakan ciri Servis Kereta Setel, Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa:

    1. Jenis kenderaan yang disokong untuk ciri ini adalah terhad kepada kereta sahaja.
    2. Julat jenis perkhidmatan yang ditawarkan mungkin berbeza antara bengkel individu.
    3. Walaupun peringatan untuk janji temu tempahan akan dihantar melalui Aplikasi Setel dan oleh bengkel masing-masing, Pengguna akan tetap bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengekalkan rekod peribadi janji temu ini dengan teliti untuk tujuan simpanan dan peringatan.
    4. Jumlah akhir yang perlu dibayar untuk perkhidmatan akan ditentukan berdasarkan skop kerja yang diselesaikan di bengkel.
    5. Nama Pengguna, nombor plat kenderaan, model kenderaan, dan nombor telefon bimbit akan dikongsi dengan bengkel yang dipilih. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan semua butiran yang diberikan (termasuk nombor plat kenderaan, model kenderaan, nama, dan butiran peribadi) adalah tepat dan terkini.
    6. Mata Ganjaran Mesra hanya akan diberikan kepada Pengguna apabila pembayaran untuk tempahan dibuat menggunakan Dompet Setel.


2.11 Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa:

    1. Perkhidmatan pemindahan antara pengguna (P2P) DuitNow hanya tersedia kepada pengguna – pengguna yang telah berjaya melengkapkan proses pengesahan e-KYC.
    1. Setel berhak mengehadkan akses kepada perkhidmatan pemindahan P2P DuitNow bagi pengguna yang belum melengkapkan e-KYC.
    1. Pemindahan P2P DuitNow hanya boleh dibuat menggunakan peranti dipercayai yang ditetapkan.
    1. Transaksi melalui DuitNow QR memerlukan pengesahan melalui satu peranti yang selamat.
    1. Pengguna bertanggungjawab untuk menetapkan peranti dipercayai mereka dalam aplikasi mudah alih Setel eWallet. Untuk maklumat lanjut tentang ini, sila rujuk kepada Setel Help – Bagaimana cara membuat tetapan untuk peranti yang dipercayai?
    1. Had pemindahan Pengguna ada khusus berdasarkan keseluruhan penggunaan Pengguna terhadap ciri-ciri pembayaran Setel.


2.12 Pengguna hendaklah melaksanakan tanggungjawab – tanggungjawab tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada;

    1. tidak dengan sengaja mendedahkan OTP Setel dan / atau kod laluan milik Pengguna kepada individu lain.
    1. mengambil langkah – langkah wajar untuk memastikan peranti Pengguna selamat pada setiap masa.
    1. melaporkan kebocoran keselamatan kod laluan, kehilangan keselamatan peranti, atau transaksi yang tidak sah kepada Setel secepat yang mungkin dalam kadar yang munasabah dan praktikal, setelah Pengguna menyedari setiap kebocoran, kehilangan, atau transaksi yang tidak sah.
    1. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan maklumat penerima apabila memulakan pemindahan DuitNow P2P.
    1. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan bahawa nombor mudah alih yang berdaftar dengan Akaun Setel didaftarkan di atas nama Pengguna.

      Setel hendaklah tidak dipertanggungjawabkan untuk kerugian yang timbul daripada transaksi pemindahan kredit yang timbul oleh kegagalan Pengguna untuk melaksanakan tanggungjawab di atas atau yang timbul daripada Pengguna yang melakukan tindakan yang bersifat penipuan.


2.13 Pengguna menyatakan dan mewarankan bahawa kesemua maklumat yang diberikan kepada Setel di dalam Akaun Pengguna Setel adalah benar, tepat dan lengkap dan Pengguna bersetuju untuk memberikan Setel maklumat yang terkini berkaitan dengan Pengguna termasuklah identifikasi, pengesahan, atau dokumentasi lain yang boleh diminta dari semasa ke semasa oleh Setel, BNM atau pihak berkuasa yang lain. Setel mempunyai hak untuk menolak permohonan Pengguna untuk Akaun Setel tanpa memberikan apa – apa sebab.

2.14 Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan maklumat log masuk Pengguna, kod laluan, kata laluan dan maklumat lain berkaitan dengan Akaun Setel Pengguna. Pengguna hendaklah tidak berkongsi apa – apa maklumat dengan pihak lain dan hendaklah dengan kadar segera kod laluan dan / atau kata laluan Pengguna dan memaklumkan Setel jika akaun Pengguna telah dalam ap acara sekali pun terjejas atau Pengguna mengesyaki bahawa terdapat akses atau penggunaan Akaun Setel Pengguna yang tidak sah.

2.15 Pengguna bertanggungjawab untuk memeriksa sejarah transaksi Pengguna dengan kerap. Setel tidak menyediakan apa – apa kenyataan akaun berkaitan dengan Akaun Setel. Pengguna hendaklah bertanggungjawab kepada semua transaksi Pengguna dan untuk tujuan mengawasi Akaun Setel Pengguna melalui sejarah Akaun Pengguna termasuklah membuat semakan yang kerap bagi memastikan baki akaun Pengguna adalah tepat.

2.16 Akaun Setel Pengguna adalah peribadi kepada Pengguna. Tiada individu lain selain daripada Pengguna hendaklah mempunyai apa – apa hak untuk menuntut daripada Setel berkenaan dengan baki Dompet Setel atau manfaat – manfaat lain yang tersimpan di dalam Akaun Setel Pengguna. Sebarang arahan, pengesahan dan / atau komunikasi yang dihantar daripada akaun atau peranti Pengguna hendaklah dikira telah dikeluarkan oleh Pengguna tidak kira sama ada arahan, pengesahan dan / atau komunikasi tersebut sebenarnya dihantar oleh Pengguna. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan akaun Pengguna.

2.17 Pengguna mengakui dan bersetuju bahawa Akaun Setel Pengguna tidak dikira akaun perbankan atau deposit terma. Tiada faedah, dividen atau pembayaran – pembayaran lain hendaklah terkumpul atau boleh dibayar kepada Pengguna di atas baki Dompet Setel atau manfaat lain di dalam Akaun Setel.

2.18 Pengguna hendaklah tidak menyerahak, memindahkan atau melakukan sub – kontrak apa – apa hak atau obligasi Pengguna di bawah Terma dan Syarat ini kepada pihak ketiga.

 

2.19 Pengguna bersetuju untuk tidak mempertanggungjawabkan Setel untuk apa – apa kerugian atau ganti rugi walau dalam apa cara sekali pun susualan daripada kegagalan Pengguna untuk memastikan maklumat berkaitan Akaun Setel Pengguna terjamin dan rahsia, atau untuk apa – apa tindakan atau peninggalan di bawah akaun Pengguna atau dengan menggunakan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan.

2.20 Pengguna hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa Pengguna mempunyai dana yang mencukupi untuk melakukan apa – apa transaksi yang diinginkan melalui Akaun Setel Pengguna. Jika bagi sebab apa sekalipun, akaun Pengguna mempunyai baki negatif, Pengguna bersetuju bahawa ini hendaklah dikira sebagai hutang daripada Pengguna kepada Setel dan boleh dibayar serta merta dengan cara isian semula atau deposit. Kegagalan Pengguna untuk berbuat demikian merupakan pelanggaran Terma dan Syarat ini dan Setel mempunyai hak untuk meneruskan tindakan yang dikira bersesuaian oleh Setel termasuklah penangguhan atau penamatan akaun Pengguna dan permulaan tindakan undang – undang terhadap Pengguna.

2.21 Pengguna bersetuju bahawa Setel boleh, dengan budi bicara mutlak Setel dan tanpa memberikan apa – apa alasan kepada Pengguna, mengenakan had kepada amaun baki yang disimpan di dalam Akaun Setel Pengguna, atau bilangan transaksi. Pengguna boleh melaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan, atau mengenakan had terhadap setiap amaun transaksi.  Pengguna juga bersetuju bahawa Setel boleh mengenakan amaun minimum yang boleh dimasukkan ke dalam Akaun Setel Pengguna dan amaun maksimum yang dibenarkan untuk disimpan di dalam Akaun Setel Pengguna pada satu – satu masa. Setel boleh mengubah amaun ini pada bila – bila masa berdasarkan budi bicara mutlaknya.

2.22 Setel merizabkan hak tanpa liabiliti kepada Pengguna untuk menangguhkan, mengubah atau menghentikan, sementara atau secara kekal, Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan atau mana – mana ciri atau bahagian daripadanya, berdasarkan budi bicara mutlak kami.

2.23 Akaun Setel Pengguna akan luput jika tidak digunakan atau tidak aktif selama tujuh (7) hari daripada tarikh transaksi terakhir (termasuklah tarikh pengaktifan dan isian semula terakhir). Selepas itu, Akaun Setel Pengguna tidak lagi sah untuk apa – apa penggunaan dan akan dinyahaktifkan secara automatic dan mana – mana baki kredit yang tinggal akan diuruskan berdasarkan dengan undang – undang yang terpakai termasuk Akta Wang Tak Dituntut 1965.

2.24 Jika terdapat sebarang penipuan, salah guna akaun dalam cara apa sekalipun diketahui oleh Setel, lebihan baki kredit di dalam Akaun Setel Pengguna akan secara automatik dilucuthak sejurus selepas penyahaktifan Akaun Setel Pengguna dan baki credit tersebut hendaklah tidak dikembalikan kepada Pengguna.

2.25 Walau apa pun yang berlaku secara bertentangan, jika terdapat maklumat yang diberikan oleh Pengguna tidak benar, tidak tepat, tidak terkini atau tidak lengkap, Setel mempunyai hak untuk serta merta menamatkan Akaun Pengguna dan menolak mana – mana atau penggunaan masa akan datang Perkhidmatan atau akses kepada Aplikasi Setel dan / atau Akaun Setel Pengguna.

2A. PENGGUNAAN SETEL LITE

2A.1 Setel Lite ialah versi ringkas Aplikasi Setel yang membolehkan Pengguna melakukan transaksi terpilih (seperti pembelian bahan api di stesen PETRONAS dan pembayaran QR) tanpa perlu memuat turun Aplikasi Setel penuh.

2A.2 Pengguna Setel Lite dianggap telah bersetuju dengan Terma dan Syarat ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada klausa berhubung Tanggungjawab Pengguna, Kenyataan Privasi, Harta Intelek, dan Polisi Bayaran Balik.

2A.3 Ciri dan fungsi yang tersedia dalam Setel Lite adalah terhad berbanding Aplikasi Setel penuh. Perkhidmatan tertentu seperti Bantuan Auto, Setel Parking Affiliate, Servis Kereta, Insurans atau Pembaharuan Cukai Jalan, serta ciri-ciri lain mungkin tidak boleh diakses melalui Setel Lite.

2A.4 Pengguna hendaklah memastikan bahawa mereka memberikan maklumat peribadi dan pembayaran yang tepat semasa bertransaksi di Setel Lite. Setel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ralat, kerugian, atau transaksi yang tidak berjaya akibat maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap yang diberikan oleh Pengguna.

2A.5 Semua langkah keselamatan dan keperluan pematuhan untuk Setel Lite adalah sama seperti Aplikasi Setel, kecuali transaksi melalui Setel Lite adalah tertakluk kepada had maksimum Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM200.00) dan Setel Lite tidak menyokong pemindahan DuitNow.

2A.6 Setel berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk mengubah suai, menggantung, atau menghentikan Setel Lite atau mana-mana cirinya pada bila-bila masa dengan notis bertulis terlebih dahulu.

3. TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

3.1 Pengguna hendaklah;

3.1.1 mengekalkan maklumat peribadi Pengguna, kod laluan, kata laluan dan / atau PIN untuk Akaun Setel Pengguna rahsia pada setiap masa dan hendaklah mengambil semua langkah – langkah untuk mengelakkan pendedahan kod laluan, kata laluan dan / atau PIN;

3.1.2 memastikan bahawa kesemua maklumat dan data yang diberikan kepada Setel termauk data peribadi adalah benar, tepat, terkini dan lengkap pada masa ia diberikan dan hendaklah dengan pantas mengemaskini maklumat dan data tersebut jika terdapat sebarang perubahan kepadanya. Setel hendaklah tidak bertanggungjawab dan dalam apa cara dan bagaimana cara sekalipun mempunyai liabiliti kepada Pengguna disebabkan mana – mana maklumat dan data yang diberikan kepada Setel yang tidak tepat dan tidak lengkap;

3.1.3 mewarankan untuk mematuhi kesemua undang – undang terpakai, ordinan, kod, kaedah, peraturan, notis, arahan dan / atau petunjuk oleh autoriti yang berkaitan atau apa – apa notis, arahan, petunjuk atau garis panduan yang diberikan oleh Setel;

3.1.4 bertanggungjawab untuk kesemua peralatan yang diperlukan untuk menggunakan Akaun dan Perkhidmatan Setel, dan juga untuk keselamatan dan integriti kesemua maklumat dan data yang dipindahkan, didedahkan dan / atau diperoleh melalui penggunaan Aplikasi dan / atau Perkhidmatan Setel.

3.1.5 bertanggungjawab dan mempunyai liabiliti untuk kesemua penggunaan dan pembayaran fi, caj, cukai dan duti untuk menggunakan Perkhidmatan termasuk dan tidak terhad kepada kesemua fi, caj, cukai dan duti untuk pembelian produk dan / atau perkhidmatan kepada Setel dan pihak ketiga termasuklah Peniaga yang terlibat dalam dengan tepat pada masanya;

3.1.6 bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang, dan kesemua data yang dipindahkan atau disiarkan daripada peranti mudah alih Pengguna sama ada oleh Pengguna atau individu – individu lain;

3.1.7 mematuhi kesemua undang – undang terpakai di Malaysia berkaitan dengan penggunaan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan, termasuklah dan tidak terhad kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan perundangan subsidiari yang berkaitan, yang akan dipinda dari semasa ke semasa;

3.1.8 mengambil kesemua langkah munasabah untuk mengelakkan penipuan, penggunaan tidak wajar atau menyalahi undang – undang Perkhidmatan;

3.1.9 berhenti menggunakan Perkhdimatan atau mana – mana bahagian tersebut untuk satu tempoh yang dikehendaki oleh Setel;

3.1.10 melaporkan dengan serta merta kepada Setel setelah mendapati apa – apa penipuan, kecurian, kehilangan, penggunaan tidak sah atau tindakan – tindakan yang melanggar undang – undang berkaitan dengan Akaun Setel Pengguna dan / atau penggunaannya. Pengguna bersetuju untuk membuat laporan polis seperti yang diarahkan oleh Setel dan menyerahkan kepada Setel salinan yang diperakui laporan tersebut;

3.1.11 hanya memuat turun dan memasang Aplikasi Setel daripada platform rasmi yang diumumkan oleh Setel. Sebarang muat turun dan pemasangan di luar daripada platform rasmi hendaklah dikira sebagai melanggar undang – undang dan Setel hendaklah tidak bertanggungjawab kepada Pengguna ke atas sebarang kerugian yang dialami oleh Pengguna berhubung kait dengan perkata tersebut;

3.1.12 memastikan bahawa Pengguna tidak menggunakan Aplikasi Setel dengan peranti yang dimodifikasi seperti peranti pecah sekat, rooted device atau mana – mana peranti yang telah diubah dengan cara apa sekalipun.

3.1.13 bertanggungjawab sepenuhnya kepada integriti maklumat dan data yang dipindahkan, didedahkan dan / atau didapati melalui penggunaan Perkhidmatan atau disiarkan oleh Pengguna atau individu – individu lain menggunakan Peranti Mudah Alih Pengguna;

3.1.14 menanggung rugi dan melindungi sepenuhnya setakat yang mungkin, daripada dan terhadap apa – apa dan kesemua liabiliti, kos, permintaan atau tuntutan walau apa jua berdasarkan tanggung rugi penuh, yang boleh dibuat oleh mana – mana pihak ketiga susulan pelanggaran oleh Pengguna terhadap mana – mana Terma Perkhidmatan, berhubung kait dalam apa jua cara daripada atau berkenaan dengan keingkaran Pengguna, tindakan, peninggalan dan / atau kecuaiann dalam penggunaan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan; dan

3.1.15 bersetuju dan mengizinkan penggunaan oleh Setel dan / atau pekerja, personal dan penasihat sebarang maklumat berkaitan dengan Penggunaan, maklumat berkaitan transaksi atau apa – apa akaun yang ditentukan berkaitan dengan transaksi bagi tujuan penyiasatan mana – mana tuntutan atau pertikaian berhubung kait daripada atau berkenaan dengan mana – mana transaksi yang dipertikaikan dan keizinan ini hendaklah menakat penamatan Perkhidmatan dan / atau Perjanjian ini. Pengguna seterusnya bersetuju bahawa jika terdapat pertikaian atau tuntutan dalam apa jua sifat berhubung kait dengan mana – mana transaksi, rekod – rekod transaksi yang dijana oleh Setel hendaklah digunakan sebagai rujukan dan hendaklah menjadi asas penuh untuk menyelesaikan pertikaian atau tuntutan tersebut.

3.2 Pengguna hendaklah tidak;

3.2.1 mendaftarkan pelbagai akaun Setel untuk tujuan yang melanggar undang – undang dan tidak jujur seperti mendapatkan manfaat berlebihan daripada aplikasi dan / atau Perkhidmatan yang ditawarkan pada Aplikasi Setel;

3.2.2 menggunakan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan untuk mencetuskan kemaluan, distress, kegusaran, kerangsaan, gangguan, kesusahan, keresahan atau kacau – ganggu kepada mana – mana orang;

3.2.3 menggunakan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan untuk mencetuskan beban yang berlebihan atau tidak berpadanan kepada Perkhidmatan atau sistem Setel;

3.2.4 menggunakan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan untuk apa – apa tujuan yang melanggar undang – undang termasuk dan tidak terhad kepada maksiat, judi atau tujuan – tujuan jenayah yang lain untuk apa jua tujuan atau untuk menghantar kepada atau menerima daripada apa – apa orang mesej yang mengganggu dasar moral, agama, komunal atau politik, atau yang bersifat makian, fitnah atau tidak senonoh, lucah atau ancaman;

3.2.5 menggunakan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan untuk apa jua tujuan yang bertentangan dengan kepentingan awam, ketenteraman awam atau keharmonian nasional;

3.2.6 menggunakan, membenarkan atau menyebabkan penggunaan yang tidak wajar Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan, atau menyumbang secara langsung atau tidak langsung kepada apa – apa aktiviti yang boleh melanggar apa – apa undang – undang, melanggar hak – hak pihak ketiga, atau melanggar apa – apa arahan, keperluan kandungan atau kod yang dibuat oleh badan bertautoriti yang relevan termasuklah aktiviti – aktiviti yang memerlukan Setel untuk mengambil tindakan pembetulan di bawah mana – mana kod industri yang terpakai atau dalam apa juar cara mengganggu pengguna lain atau menfitnah, mengganggu, mengancam atau menghalang mana – mana pengguna lain daripada menggunakan atau mendapat manfaat daripada Perkhidmatan atau internet;

3.2.7 memintas pengesahan pengguna atau keselamatan mana – mana hos, rangkaian atau akaun (dirujuk sebagai “penggodaman” dan “peretakan”) dan mengganggu perkhidmatan kepada pengguna lain, hos atau rangkaian (dirujuk sebagai “nafi khidmat”) dan meniru mana – mana laman atau mendaftarkan kata kunci yang serupa dengan enjin carian untuk mengelirukan pengguna lain bahawa mereka sedang membaca laman web Setel yang asli (dirujuk sebagai “membicu laman”), atau menggunakan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan untuk tindakan melanggar undang – undang yang lain atau tidak menyenangkan yang lain. Pengguna yang melanggar keselamatan sistem atau rangkaian boleh menanggung liabiliti sivil dan jenayah, dan Setel dengan budi bicara mutlak akan bekerjasama penuh dengan penyiasatan pelanggaran jenayah, pelanggaran keselamatan sistem atau rangkaian yang diketuai oleh badan penguatkuasa undang – undang atau badan berautoriti yang relevan;

3.2.8 mencuba untuk memeriksa, mengimbas atau menguji kelemahan mana – mana sistem atau rangkaian Setel atau melanggar apa – apa langkah keselamatan atau pengesahan;

3.2.9 mengelak, melepaskan, menghapuskan, menyahaktifkan, merosakkan, menukarkan atau melainkan memintas langkah teknologi yang dilaksanakan oleh Setel atau mana – mana penyedia perkhidmatan atau mana – mana pihak ketiga yang lain (termasuk pengguna – pengguna yang lain) yang dilantik oleh Setel untuk melindungi kemampuan kami untuk menyediakan Perkhidmatan;

3.2.10 mencuba untuk memuat turun Aplikasi Setel untuk kegunaan Perkhidmatan melalui penggunaan apa – apa enjin, perisian, alat, ejen, peranti atau mekanisme (termasuklah labah – labah, robot, perangkak, alatan melombong data atau yang serupa) selain daripada perisian dan / atau ejen carian yang disediakan oleh Setel atau pelayar web pihak ketiga yang dibenarkan yang lain;

3.2.11 meniru, mendedahkan, mengubah suai, menformat semula, memaparkan, mengedar, melesenkan, menyampaikan, menjual, melaksanakan, menerbitkan, memindahkan dan / atau menyediakan apa – apa Perkhidmatan atau apa – apa maklumat yang diperoleh daripada Pengguna sementara menggunakan Perkhidmatan atau sementara mengakses Aplikasi Setel;

3.2.12 memindahkan, mengubah dan / atau menutup dalam apa jua cara apa – apa yang terdapat pada Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan atau menggunakan bahan yang diperoleh sementara menggunakan Setel dan / atau Perkhidmatan kecuali yang digariskan di dalam Terma dan Syarat ini;

3.2.13 meniru atau menggunakan sebarang bahan daripada Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan untuk tujuan komersial, memindahkan, menghalang atau mengubah apa – apa hakcipta, cap dagangan atau notis – notis Harta Intelek yang lain yang terkandung di dalam bahan asli, atau daripada bahan yang ditiru atau dicetak daripada Aplikasi Setel, atau didapati sebagai hasil daripada Perkhidmatan;

3.2.14 menggunakan mana – mana cap dagangan, logo, URL atau nama produk tanpa keizinan nyata secara bertulis daripada Setel;

3.2.15 mencuba untuk menyahkod, menyahkompil, menyahkumpul atur atau melakukan kejuruteraan pembalikan terhadap mana – mana perisisan yang digunakan di dalam Aplikasi Setel dan dalam menyediakan Perkhidmatan;

3.2.16 secara penipuan mendaftar Akaun Setel. Jika Pengguna ditangkap menyamar sebagai orang lain, sama ada individu entiti undang – undang, Pengguna akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos dan / atau kerugian yang ditanggung sebagai kesan kepada aktiviti penipuan Pengguna. Menyalahgunakan Akaun Setel boleh mengakibatkan penamatan / penggantungan serta merta akaun diikuti dengan laporan kepada badan berautoriti yang berkenaan;

3.2.17 terlibat dalam sebarang sebarang aktiviti yang mana Akaun Setel Pengguna disyaki dengan munasabah oleh Setel sebagai digunakan mana – mana individu sebagai aktiviti tidak sah, bersifat penipuan, atau mencurigakan. Ini termasuk mendaftarkan dan / atau mengesahkan Akaun Setel bagi pihak ketiga dan / atau menjual, meminjamkan, berkongsi atau menyewakan Akaun Setel Pengguna kepada pihak ketiga. Pengguna akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan, kerugian, ganti rugi, liabiliti, kos dan / atau perbelanjaan yang ditanggung akibat terlibat dalam aktiviti tersebut. Ini akan mengakibatkan penamatan / penggantungan serta merta akaun diikuti dengan laporan kepada badan penguatkuasa undang – undang yang berkenaan. Maklumat akaun Pengguna dan / atau transaksi akan dikongsikan kepada badan berautoriti yang berkenaan dan pihak – pihak ketiga bagi tujuan penyiasatan berdasarkan Kenyataan Privasi Setel kami. Tambahan lagi, Setel merizabkan hak untuk mengambil tindakan undang – undang terhadap Pengguna;

3.2.18 menggunakan Aplikasi Setel untuk terlibat dalam aktiviti – aktiviti pengubahan wang, pembiayaan keganasan, penyeludupan dadah, pertaruhan atau penipuan, aktiviti yang melanggar undang – undang atau jenayah, atau aktiviti – aktiviti lain yang bertentangan dengan undang – undang. Penyalahgunaan Akaun Setel boleh mengakibatkan penamatan / penggantungan serta merta akaun diikuti dengan laporan kepada badan berautoriti yang berkenaan. Jika akaun tersebut dikenalpasti digunakan untuk aktiviti – aktiviti mencurigakan, maklumat dan / atau transaksi akaun Pengguna akan dikongsikan kepada badan berautoriti yang berkenaan dan pihak – pihak ketiga bagi tujuan penyiasatan, bedasarkan Kenyataan Privasi Setel kami.

4. TERMA PENGGUNAAN UNTUK PEMBELIAN PETROL

4.1 Pengguna bersetuju bahawa Pengguna tidak akan membeli bahan api atau menggunakan Aplikasi Setel untuk membeli bahan api jika;

a. Pengguna berumur lima belas (15) tahun ke bawah;

b. Pengguna tidak mempunyai kenderaan bermotor atau bekas mudah alih yang sesuai atau tanki bahan api boleh tanggal untuk mengisi sementara Pengguna berada di perkarangan runcit PETRONAS;

c. Pengguna memandu, atau kenderaan Pengguna sedang bergerak; atau

d. pada bila – bila masa Pengguna berada di luar kenderaan Pengguna dan berada di dalam perkarangan runcit PETRONAS.

4.2 Pengguna bersetuju bahawa Pengguna akan sentiasa mematuhi kaedah dan peraturan keselamatan stesen PETRONAS yang berkenaan dalam membeli bahan api dan menggunakan Aplikasi Setel.

4.3 Perkhidmatan “Pembelian Petrol” hanya boleh digunakan untuk membeli petrol dan hanya terdapat di stesen – stesen PETRONAS yang terpilih pada waktu operasi stesen tertentu, tertakluk kepada sebarang perubahan dalam waktu operasi.

4.4 Sesetengah pam bahan api mungkin tidak boleh digunakan untuk penggunaan melalui “Pembelian Petrol” di sesetengah stesen PETRONAS. Pilihan “Pembelian Petrol” tidak akan muncul pada menu “Pembelian Petrol” apabila Pengguna menggunakan “Pembelian Petrol” di stesen PETRONAS tersebut.

5. HAK – HAK HARTA INTELEK

5.1 Pengguna hendaklah menggunakan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan hanya berdasarkan Terma dan Syarat ini dan tidak;

5.1.1 menyahkompil, melakukan kejuruteraan pembalikan, menyahkumpul atur, mencuba untuk mendapatkan sumber kod atau menyahsulit Aplikasi Setel;

5.1.2 membuat apa – apa modifikasi, adaptasi, penambahbaikan, penterjemahan atau hasil terbitan daripada Aplikasi Setel;

5.1.3 melanggar apa – apa undang – undang terpakai, kaedah atau peraturan berkaitan dengan akses atau penggunaan Pengguna terhadap Aplikasi Setel;

5.1.4 mengalihkan, mengubah atau menghalang mana – mana notis pemilikan berkaitan Aplikasi Setel;

5.1.5 menggunakan Aplikasi Setel untuk apa – apa kegiatan yang menjana pendapatan, perusahaan komersial atau tujuan – tujuan lain yang tidak direka atau ditetapkan kepada Aplikasi Setel;

5.1.6 menggunakan Aplikasi Setel untuk mewujudkan perkhidmatan, produk atau perisian yang secara langsung atau tidak langsung bersaing dengan, atau menggantikan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Setel melalui Aplikasi Setel;

5.1.7 menggunakan Aplikasi Setel untuk menghantar spam atau emel yang tidak diingini; atau

5.1.8 menggunakan mana – mana Harta Intelek Setel atau maklumat pemilikan terhadap reka bentuk, pembangunan atau pengedaran apa – apa aplikasi, aksesori, atau peranti untuk digunakan dengan Aplikasi Setel.

5.2 Semua Harta Intelek berkaitan dengan Aplikasi Setel, termasuk semua grafik, teks, gambar, hasil seni, logo, antara muka pengguna, bunyi, musik, kod kompuer, reka bentuk, “rupa dan rasa”, ekspresi dan sususan aplikasi, adalah dimiliki, dikawal oleh atau dilesenkan kepada Setel Ventures Sdn. Bhd. dan / atau dilindungi oleh hak cipta, cap dagangan atau hak – hak Harta Intelek yang lain. Kecuali dinyatakan dengan nyata di sini, tiada lesen diberikan kepada Pengguna berkenaan dengan Harta Intelek Setel dan Pengguna hendaklah tidak menggunakan, meniru, menghasilkan semula, menghantar atau mengedarkan mana – mana komponen atau bahagian Harta Intelek Setel tanpa keizinan terdahulu secara bertulis daripada Setel.

6. CAJ

6.1 Setel merizabkan hak untuk mengenakan sebarang caj, fi atau yuran untuk penggunaan sesetengah Perkhidmatan, jika caj tersebut diperlukan. Setel hendaklah memaklumkan Pengguna akan sebarang perubahan kepada fi dan caj yang dikenakan dengan memberikan notis terdahulu dalam tempoh dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh kuat kuasa fi dan caj.

6.2 Dalam mengakses dan menggunakan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan, Pengguna hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dan berliabiliti kepada kesemua caj dan bayaran yang perlu dibayar kepada penyedia perkhidmatan komunikasi Pengguna untuk mengakses Aplikasi Setel dan Perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada caj telefon dan internet / data.

6.3 Yuran kemudahan sebanyak 1% akan dikenakan ke atas semua tambah nilai kad kredit bermula 2 Disember 2024.

6.3.1 Yuran kemudahan 1% akan ditambah kepada jumlah tambah nilai semasa pembayaran.

6.3.2 Walau bagaimanapun, tambah nilai automatik atau pembelian yang dibuat melalui CardTerus menggunakan kad kredit dikecualikan daripada yuran kemudahan 1% sehingga diberitahu kelak.

6.3.3 Sekiranya berlaku pembayaran balik, yuran kemudahan tidak akan dikembalikan kepada Pengguna.

7. PENAFIAN

7.1 Perkhidmatan adalah diberikan atas dasar “sedia ada” dan “seperti yang tersedia”. Setel tidak membuat sebarang penyataan atau waranti, secara nyata atau tersirat, bahawa Perkhidmatan atau apa – apa ciri Perkhidmatan hendaklah sentiasa boleh diharap, tepat pada masanya, selamat atau bebas defek, atau bahawa Perkhidmatan akan sentiasa tidak terganggu dan boleh didapati langsung atau masa atau lokasi tertentu. Pengguna menerima bahawa Setel tidak menyatakan atau mewarankan bahawa platform, sistem atau perisian akan sentiasa bebas kesalahan pada setiap masa. Pengguna juga mengambil maklum dan mengakui bahawa Perkhidmatan bergantung kepada teknologi – teknologi dan kemudahan – kemudahan pihak ketiga termasuklah sambungan nirwayar yang tidak berada dalam kawalan Setel. Pengguna mengakui bahawa sifat – sifat dan keterhadan rangkaian digital dan nirwayar dan data boleh rosak, lewat atau hilang meskipun langkah – langkah keselamatan dan langkah – langkah lain telah diambil oleh Setel. Pengguna bersetuju untuk tidak meletakkan liabiliti kepada Setel bagi apa – apa kegagalan yang dijelaskan di atas.

7.2 Pengguna bersetuju dengan nyata bahawa Penggunaan pengguna terhadap Perkhidmatan berada dalam risiko dan budi bicara penuh Pengguna dan Pengguna akan mengambil tanggungjawab penuh berhubung kait dengan perkara tersebut. Pengguna hendaklah bergantung kepada semakan dan penilaian Pengguna sendiri berkenaan dengan Perkhidmatan untuk menilai kesesuaiannya kepada tujuan Pengguna yang tertentu. Satu – satunya remedi Pengguna terhadap kami jika berlaku sebarang ketidakpuashatian ialah untuk mengentikan penggunaan Perkhidmatan.

8. LIABILITI

8.1 Obligasi Setel di bawah ini hanya terhad kepada menyediakan Perkhidmatan. Setel hendaklah tidak berliabiliti untuk barangan, perkhidmatan atau transaksi di luar peruntukan ciri – ciri pembayaran yang disediakan oleh Aplikasi Setel yang dilaksanakan oleh Pengguna dengan Peniaga atau dengan pihak – pihak lain melalui Akaun Setel Pengguna. Pengguna hendaklah menyelesaikan semua, dan apa – apa pertikaian berkaitan kualiti, keselamatan, keterbolehjualan, perundangan, dan apa – apa perkara lain secara terus dengan Peniaga yang berkenaan dan / atau Peniaga PETRONAS.

8.2 Pengguna hendaklah bertanggungjawab secara tunggal untuk apa – apa fi yang dikenakan oleh para peniaga, bank atau pihak ketiga, dan / atau pembayaran cukai dan duti – duti lain atau caj berhubung kait dengan transaksi yang dijalankan antara Pengguna dan Peniaga.

8.3 Setel hendaklah tidak dalam apa jua keadaan berliabiliti dan bertanggungjawab kepada Pengguna dan / atau pihak ketiga untuk apa – apa kos, kerugian atau ganti rugi sama ada berhubung kait secara langsung atau tidak langsung, atau untuk kerugian pendapatan, kerugian keuntungan atau kerugian susulan walau apa jua sebagai kesan termasuk tetapi tidak terhad kepada insolvensi Setel, kecurian instrumen e-duit, transaksi penipuan atau penggunaan Pengguna terhadap Aplikasi Setel.

9. PENYELESAIAN PERTIKAIAN

9.1 Sebarang pertikaian berkaitan Akaun Setel Pengguna dan / atau transaksi yang dibuat melalui Akaun Pengguna Setel mesti disampaikan secara bertulis kepada perkhidmatan pelanggan kami, seperti yang disediakan di Klausa 11 dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh transaksi tersebut dan Pengguna hendaklah menyediakan semua dokumen sokongan yang perlu seperti dan bila diminta.

9.2 Jika Setel tidak menerima sebarang notis bertulis dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh transaksi, Pengguna dianggap bersetuju bahawa transaksi tersebut adalah tepat.

9.3 Pengguna bersetuju dan mengizinkan pendedahan dan pengeluaran oleh Setel sebarang maklumat yang berada dalam kawalan kami untuk tujuan penyiasatan sebarang pertikaian berhubung kait dengan atau berkaitan dengan transaksi melalui Akaun Setel Pengguna.

10. PENAMATAN DAN PENGGANTUNGAN

10.1 Pengguna boleh menamatkan Akaun Setel Pengguna dengan menghubungi Setel melalui emel di hello@setel.com.

10.2 Setel boleh, tanpa notis, menggantung Perkhidmatan dari semasa ke semasa jika terdapat sebarang isu keselamatan atau teknikal yang tidak dijangka, sistem, penyelenggaraan, modifikasi, pembetulan, pepijat atau isu – isu lain yang berkaitan.

10.3 Setel boleh, tanpa notis, menggantung Akaun Setel Pengguna pada bila – bila masa jika terdapat sebarang aktiviti yang menimbulkan syak atau penipuan atau pelanggaran Pengguna terhadap mana – mana Terma dan Syarat di sini;

10.4 Akaun Setel pengguna boleh digantung jika ia adalah pendam, atau tiada transaksi dilakukan oleh Pengguna melalui Setel dalam tempoh melebihi enam (6) bulan. Pengguna dikehendaki untuk menghubungi Setel untuk mengaktifkan semula Akaun Pengguna dan Setel merizabkan hak untuk mengenakan fi pengaktifan semula.

10.5 Pengguna bersetuju bahawa Setel pada bila – bila masa, dengan atau tanpa notis terdahulu dan sebagaimana yang dikira sesuai dan perlu oleh Setel, menggantung atau menamatkan Akaun Setel Pengguna atau Perkhidmatan secara amnya susulan sebab – sebab termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: –

10.5.1 Pengguna melanggar mana – mana Terma dan Syarat ini;

10.5.2 Setel mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Akaun Setel Pengguna digunakan berkaitan dengan aktiviti penipuan, jenayah atau pelanggaran undang – undang yang lain;

10.5.3 Jika Setel mengesan sebarang penyalahgunaan Perkhidmatan;

10.5.4 Jika Setel di atas apa jua sebab menghentikan penyediaan sebarang atau semua Perkhidmatan; dan

10.5.5 Di atas permintaan BNM, atau badan atau agensi kerajaan atau penguatkuasan undang – undang.

10.6 Jika Setel menamatkan Akaun Pengguna Setel, kesemua transaksi yang belum selesai dan sebarang fi atau jumlah yang perlu dibayar kepada Setel atau pihak – pihak lain akan diproses dan ditolak sebelum penamatan berkuatkuasa. Sebarang baki kredit yang tinggal di dalam Akaun Setel Pengguna akan secara automatik dilucuthak setelah penamatan dan tidak boleh dikembalikan kepada Pengguna.

 11. POLISI PEMULANGAN WANG

11.1 Setelah permohonan penamatan Akaun Setel Pengguna dibuat oleh Pengguna, Pengguna berhak untuk menerima pemulangan wang bagi sebarang baki yang terdapat di dalam Akaun Setel Pengguna. Pemulangan baki yang layak akan diproses ke sumber dana asal yang digunakan untuk transaksi (contohnya, kad debit/kredit, e-dompet, atau akaun bank). Jika pemulangan tidak dapat dipindahkan ke sumber dana asal, Setel akan memproses pemulangan ke akaun bank yang didaftarkan atas nama Pengguna, tertakluk kepada pengesahan butiran bank.

11.2 Pengguna hendaklah memastikan bahawa mereka memberikan butiran akaun bank mereka yang betul dan maklumat lain yang diperlukan kepada Setel untuk membolehkan proses pemulangan. Jumlah pemulangan akan diproses ke kaedah pemulangan yang berkenaan dalam tempoh empat belas (14) hari kalendar dari tarikh tuntutan dibuat oleh Pengguna. Bagi kes pemulangan yang rumit, proses pemulangan mungkin mengambil masa sehingga tiga puluh (30) hari kalendar untuk diselesaikan.

11.3 Sekiranya Pengguna berhasrat untuk memohon pemulangan wang berhubung dengan sebarang fi atau bayaran yang dibuat untuk pembelian dan/atau Perkhidmatan yang ditawarkan melalui Akaun Setel Pengguna, sila hubungi Setel di hello@setel.com, tertakluk kepada penentuan Setel, berdasarkan penelitian yang memuaskan, bahawa baki dalam Akaun Setel Pengguna telah ditolak secara salah disebabkan oleh:

11.3.1kesilapan teknikal Setel di mana percubaan transaksi Pengguna tidak berjaya; atau

11.3.2 barangan atau Perkhidmatan yang dibeli melalui Aplikasi Setel tidak tersedia, dikeluarkan, atau dihantar selepas pembayaran dibuat.

11.4 Untuk mengelakkan sebarang keraguan, pemulangan wang tidak akan dibenarkan dalam keadaan berikut:

11.4.1 Apabila tuntutan berganda dibuat melalui kaedah lain seperti Pengguna telah memfailkan caj balik kepada pengeluar kad kredit atau menggunakan mana-mana produk insurans perlindungan e-dompet lain, atau membuat laporan rasmi kepada mana-mana organisasi kerajaan;

11.4.2 Di mana Pengguna telah membenarkan pihak ketiga untuk mengakses Akaun mereka (contohnya, dengan memberikan maklumat log masuk atau peranti mudah alih mereka). Pengguna akan bertanggungjawab ke atas semua akibat yang timbul daripada penggunaan tersebut;

11.4.3 Di mana terdapat niat penipuan atau kelalaian;

11.4.4 Di mana Pengguna gagal menyediakan semua maklumat atau dokumen yang diperlukan untuk siasatan Setel;

11.4.5 Di mana sebarang transaksi tanpa kebenaran berlaku di bawah keadaan yang tidak dapat dijangka, termasuk tetapi tidak terhad kepada, bencana alam, wabak perang, insiden pengganas, dan/atau pergolakan awam, yang berada di luar kawalan munasabah Setel;

11.4.6 Di mana sebarang transaksi tanpa kebenaran berlaku akibat terminal atau sistem pihak ketiga yang terjejas oleh, termasuk tetapi tidak terhad kepada, percubaan penggodaman, peningkatan/kerosakan sistem bank, gangguan perkhidmatan telekomunikasi, system terjejeas akibat perisian hasad, dsb.;

11.4.7 Di mana terdapat mana-mana peraturan atau sekatan undang-undang yang menghalang pembayaran balik daripada dibuat kepada Pengguna;

11.4.8 Di mana peranti mudah alih telah di-root, di-jailbreak atau diubah suai dalam apa jua cara;

11.4.9 Di mana aplikasi Setel tidak dimuat turun daripada sumber yang sah. Contoh sumber yang sah dan boleh dipercayai adalah, tetapi tidak terhad kepada App Store, Google Play Store, HUAWEI AppGallery, dan Vivo App Store;

11.4.10 Di mana tambah nilai yang tidak disengajakan dan/atau tersilap berlaku (contohnya, Pengguna menambah nilai menggunakan kad kredit A dan bukannya kad kredit B);

11.4.11 Di mana Pengguna telah membuat P2P atau pemindahan lain kepada pihak ketiga secara tersilap atau tidak sengaja;

11.4.12 Di mana Pengguna telah menjadi mangsa penipuan atau skim penipuan, termasuk situasi di mana Pengguna ditipu untuk mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan, atau di mana perisian tidak sah atau berniat jahat dimuat turun ke dalam peranti mudah alih Pengguna akibat penipuan tersebut, sama ada melalui pengalihan daripada Aplikasi Setel atau sebaliknya;

11.4.13 Di mana permohonan pemulangan dibuat berkaitan dengan pembelian tanpa kebenaran dan/atau pembayaran untuk produk dan/atau perkhidmatan yang berkaitan dengan Peniaga atau Peniaga PETRONAS yang dibuat melalui Akaun Setel Pengguna. Perkara ini hendaklah dikendalikan secara langsung dengan pihak ketiga yang menyediakan produk dan/atau perkhidmatan tersebut, kecuali dalam kes di mana proses pembayaran tidak berjaya diselesaikan kerana kesilapan teknikal pada Aplikasi Setel;

11.4.14 Di mana sumber kredit adalah dari ganjaran, bonus atau pulangan tunai;

11.4.15 Di mana baucar yang dibeli melalui Setel rosak, hilang dan/atau tamat tempoh. Setel tidak akan membuat pemulangan, pertukaran, dan/atau penggantian Baucar Setel atas sebarang sebab. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Baucar Setel yang diterima atau diperoleh daripada mana-mana pihak adalah tidak boleh dijual semula, tidak boleh dipulangkan, tidak boleh ditukar ganti, dan tidak boleh digantikan setelah dikeluarkan oleh Setel, serta baucar tersebut tidak boleh dibeli pada harga diskaun dalam apa jua keadaan.

11.4.16 Di mana Setel secara munasabah percaya bahawa Pengguna telah bertindak bertentangan dengan Terma dan Syarat ini, Setel berhak untuk menahan sebarang pemulangan berkaitan dengan transaksi yang dipertikaikan;

11.4.17 Di mana Akaun Setel Pengguna tidak diaktifkan atau kekal tidak digunakan selama tujuh (7) tahun. Dalam keadaan tersebut, baki yang tingal dalam Akaun Setel berkenaan akan dipindahkan oleh Setel kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut selaras dengana Akta Wang Tak Dituntut 1965, dan Pengguna tidak berhak untuk menuntut sebarang bayaran balik secara lansung daripada Setel selepas itu; atau

11.4.18 Sebarang keadaan lain yang dianggap munasabah oleh Setel.

11.5 Sekiranya Akaun Setel Pengguna ditamatkan atau digantung oleh Setel disebabkan oleh transaksi yang bersifat penipuan, menyalahi undang-undang, tidak sah, atau disyaki berkaitan dengan pengubahan wang haram termasuk tetapi tidak terhad kepada pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan, adalah sah bagi Setel untuk mengekalkan bagi tempoh yang tidak ditentukan atau menyerahkan kepada pihak berkuasa berkaitan baki di dalam Akaun Setel Pengguna selaras dengan undang-undang, peraturan dan/atau garis panduan yang terpakai. Pengguna tidak berhak menuntut sebarang bentuk pampasan daripada Setel atas sebarang kerugian yang timbul daripadanya.

12. KHIDMAT PELANGGAN

12.1 Pengguna boleh menghantar sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan Aplikasi Setel atau Perkhidmatan melalui email di hello@setel.com.

12.2 Jika jawapan kepada pertanyaan atau aduan Pengguna tidak memuaskan atau menjawab atau menyelesaikan kerisauan Pengguna, Pengguna boleh menghubungi badan – badan tersebut;

BNMLINK

Bahagian penyelesaian aduan di bawah Bank Negara Malaysia

BNMLINK.       : 1-300-88-5465 (LINK) (nombor bebas tol)
Emel                 : bnm.gov.my/BNMLINK
Alamat             : Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)
                           4th Floor, Podium Bangunan AICB,
                           No. 10, Jalan Dato’ Onn,
                           50480 Kuala Lumpur

Faks                  : 03-2174 1515

Laman web      : http://www.bnm.gov.my/bnmlink 

 

Financial Markets Ombudsman Service (dahulunya dikenali sebagai Ombudsman for Financial Services)

FMOS ialah sebuah organisasi tanpa keuntungan yang berfungsi sebagai saluran penyelesaian pertikaian alternatif bagi menyelesaikan pertikaian antara ahli-ahlinya iaitu penyedia perkhidmatan kewangan yang dilesenkan atau diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan pengguna kewangan.

Alamat                : Level 14, Menara Takaful Malaysia,
                              Jalan Sultan Sulaiman,
                              50000 Kuala Lumpur.

Nombor tel.        : 03-2272 2811

Laman web        : https://www.fmos.org.my/bm/ 

13. KENYATAAN PRIVASI SETEL

13.1 Pengguna bersetuju kepada Kenyataan Privasi Setel yang hendaklah dimasukkan di sini sebagai rujukan dan menerima bahawa ia merupakan bahagian integral dan penting kepada Terma dan Syarat ini. Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama Kenyataan Privasi Setel yang boleh diakses di https://www.setel.com/privacy?lang=ms 

13.2 Pengguna memberi izin kepada penggunaan kami terhadap data peribadi Pengguna mengikut terma – terma Kenyataan Privasi Setel kami dan untuk data peribadi Pengguna digunakan dan / atau didedahkan mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Pengguna bersetuju bahawa dengan mendaftar akaun dengan Setel dan / atau menggunakan Setel dan Perkhidmatan, Pengguna membenarkan dan mengizinkan data peribadi Pengguna untuk didedahkan dan / atau disimpan dan / atau diproses oleh pihak ketiga setakat yang perlu bagi tujuan menyediakan Perkhidmatan kepada Pengguna.

13.3 Pengguna memberikan Setel keizinan untuk mengesahkan data peribadi Pengguna dengan entiti atau agensi lain bagi menentusahkan identity Pengguna dan / atau untuk mematuhi mana – mana keperluan undang – undang atau peraturan berkaitan dengan Perkhidmatan.

13.4 Pengguna menerima bahawa Kami mungkin akan diperlukan untuk menyemak semula Kenyataan Privasi Setel dari semasa ke semasa. Semua semakan akan dimaklumkan dengan segera melalui laman sesawang kami. Penggunaan berterusan Aplikasi Setel dan / atau Perkhidmatan oleh Pengguna hendaklah bermaksud bahawa Pengguna telah bersetuju dan memberi keizinan kepada Kenyataan Privasi Setel seperti yang disemak.

14. AM

14.1 Undang – Undang yang Mentadbir dan Bidang Kuasa

Terma dan Syarat ini adalah ditadbir oleh dan ditafsir mengikut undang – undang Malaysia, kedua – dua pihak dengan ini menyerah kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah – mahkamah Malaysia.

14.2 Kebolehasingan

Jika mana – mana satu atau lebih peruntukan atau terma di sini diputuskan oleh mahkamah dengan bidang kuasa yang kompeten sebagai tidak sah, terbatal, melanggar undang – undang dan tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan – peruntukan atau terma – terma selebihnya atau bahagian daripadanya hendaklah tidak dalam apa jua bentuk terkesan atau tercacat atau terbatal.

14.3 Serahhak

Setel mungkin akan menyerahakan atau menovasi Terma dan Syarat ini kepada mana – mana pihak ketiga dengan notis bertulis kepada Pengguna dan Pengguna hendaklah melakukan segala yang perlu termasuklah tetapi tidak terhad kepada, menyempurnakan dokumen – dokumen sebagaimana yang wajar diperlukan untuk memberi kesan kepada serahhak atau novasi tersebut.

14.4 Toleransi (Forbearance)

14.4.1 Tidak berlaku sebarang toleransi sama ada dengan sengaja atau sebaliknya yang diberikan atau ditunjukkan oleh Setel akan membebaskan atau melepaskan Pengguna atau dalam apa jua cara memberi kesan atau prejudis kepada hak – hak Setel pada bila – bila masa untuk memerlukan pelaksanaan ketat atau penuh oleh Pengguna terhadap mana – mana atau kesemua peruntukan atau obligasi Pengguna di bawah Terma dan Syarat ini.

14.4.2 Tanpa mengehadkan maksudnya, “toleransi” hendaklah ditafsirkan termasuk pengecualian atau kegagalan untuk memerlukan pelaksanaan mana – mana terma di dalam Terma dan Syarat ini, masa atau kelonggaran yang diberikan atau ditunjukkan kepada Pengguna.

 

Terma dan Syarat adalah dikemaskini pada 14 November 2025