Product Disclosure Sheet

Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda (“Pengguna”) memilih untuk mendaftar akaun Setel. Pastikan juga anda membaca Kenyataan Privasi Kumpulan Setel dan Terma dan Syarat am.

 

 

  1. Apakah produk ini?

 

Setel Ventures Sdn. Bhd. (“Setel”) menawarkan perkhidmatan prabayar melalui aplikasi duit elektronik atau dompet elektronik kami iaitu, Dompet Setel. Para pelanggan boleh menggunakan Dompet Setel untuk membuat bayaran bagi pengisian minyak mereka di stesen PETRONAS, pembayaran barangan yang dijual di Kedai Mesra, dan pembelian runcit yang lain daripada rakan niaga yang terlibat di kedai fizikal atau kedai dalam talian mereka.

 

Para pelanggan boleh memuat turun aplikasi mudah alih Setel daripada Apple Store, Google Play Store atau HUAWEI App Gallery dan mendaftar sebagai pengguna (“Pengguna”) bagi menikmati manfaat seperti tidak perlu beratur di stesen PETRONAS untuk mengisi minyak kenderaan mereka, atau membeli barangan daripada Kedai Mesra secara mudah dari kereta mereka, dan juga membuat pembelian dengan rakan niaga yang terlibat.

 

Para pelanggan boleh mengisi semula Dompet Setel mereka melalui;

 

  1. Kad Kredit: Tambah nilai menggunakan Visa atau Mastercard;
  2. Kad Debit: Tambah nilai menggunakan kad debit yang dikeluarkan oleh institusi perbankan domestik.
  3. FPX: Tambah nilai menggunakan saluran perbankan internet;
  4. Boost Wallet: Tambah nilai dalam talian menggunakan Boost Wallet;
  5. GrabPay: Tambah nilai dalam talian menggunakan GrabPay Wallet;
  6. ShopeePay: Tambah nilai dalam talian menggunakan ShopeePay Wallet;
  7. Baucar Setel; atau
  8. Mata Mesra.

 

Pengisian semula Dompet Setel boleh dilakukan secara automatik menggunakan kad kredit atau kad debit dengan fungsu tambah nilai auto. Had bagi tambah nilai adalah berdasarkan nilai yang telah ditetapkan atau had transaksi tambah nilai sekali-guna.

 

Para pelanggan juga boleh menambah kad kredit dan / atau kad debit yang dipilih kepada Dompet Setel mereka untuk penolakan dan bayaran terus kepada kad mereka, di mana mereka boleh melangkau keperluan berterusan untuk tambah nilai Dompet Setel mereka melalui CardTerus. Yang penting sekali, para pelanggan boleh menguruskan dan memantau dengan lebih baik perbelanjaan mereka dengan merujuk kepada Rekod pembayaran dalam aplikasi Setel.

 

Had maksimum untuk tambah nilai Dompet Setel ialah:

 

  1. 500.00 (setelah mendaftarkan akaun); dan
  2. RM5,000.00 (setelah melengkapkan proses e-KYC).

 

Jumlah perbelanjaan maksimum bagi transaksi yang dibenarkan dengan Dompet Setel ialah;

 

  1. RM500.00 bagi setiap transaksi (kecuali tambah nilai Dompet Setel);
  2. RM2,000.00 bagi setiap transaksi (kecuali tambah nilai Dompet Setel dan setelah berjaya melengkapkan proses e-KYC); dan
  3. RM2,000.00 maksimum bagi setiap hari (kecuali tambah nilai Dompet Setel).

 

Para pelanggan boleh membuat pembayaran menggunakan fungsi pemindahan antara pengguna (P2P) dengan mengimbas DuitNow QR peribadi menggunakan aplikasi Setel. Fungsi Pemindahan P2P DuitNow disediakan kepada pengguna kami tanpa kos tambahan, tiada bayaran atau caj berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan ini. Para pengguna juga boleh membuat pembayaran kepada rakan niaga DuitNow dengan mengimbas DuitNow QR rakan niaga menggunakan Aplikasi Setel.

 

  1. Apakah bayaran dan caj yang perlu saya bayar?

 

  1. Aplikasi mudah alih Setel boleh dimuat turun secara percuma daripada Apple Store, Google Play Store atau HUAWEI App Gallery.

 

  1. Tiada caj tambah nilai, caj bayaran balik atau caj lain yang akan dikenakan kepada pelanggan.

 

  1. Apakah terma penting produk ini?

 

  1. Para pelanggan boleh menggunakan Dompet Setel untuk membuat pembayaran bagi pengisian minyak di stesen PETRONAS, pembayaran barangan yang dijual di Kedai Mesra, dan pembelian runcit yang lain daripada rakan niaga yang terlibat di kedai fizikal atau kedai dalam talian mereka.

 

  1. Para pelanggan boleh menggunakan ciri Dompet Keluarga setelah Pemilik Dompet Setel berjaya melalui proses eKYC.

 

  1. Pemilik Dompet Setel seterusnya boleh memilih sehingga lima (5) Ahli Dompet Keluarga dan mereka hendaklah bertanggungjawab terhadap pemilihan mereka untuk Ahli Dompet Keluarga.

 

  1. Pemilik Dompet Keluarga boleh melihat dan mengesan aktiviti perbelanjaan Ahli mereka, hanya terhad kepada transaksi yang dibuat dengan Pemilik Dompet Setel.

 

  1. Pengguna mestilah berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas. Jika Pengguna berumur bawah lapan belas (18) tahun, Pengguna tersebut hendaklah mendapatkan keizinan ibu bapa atau penjaga Pengguna terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi Setel. Ibu bapa atau penjaga sah Pengguna hendaklah bertanggungjawab kepada penggunaan Pengguna terhadap aplikasi Setel dan / atau perkhidmatan yang disediakan oleh Setel.

 

  1. Pengguna bertanggungjawab untuk mengekalkan keselamatan maklumat log masuk Pengguna, kata laluan, Kata Laluan Sekali Guna (OTP), dan maklumat lain berkaitan dengan Akaun Pengguna Setel.

 

  1. Pengguna bertanggungjawab atas semua transaksi Pengguna yang dibuat melalui aplikasi Setel, termasuk membuat pemeriksaan berkala terhadap rekod pembayaran Pengguna dengan kerap bagi memastikan bahawa baki akaun Pengguna adalah tepat dan dikemaskini.

 

  1. Akaun Pengguna Setel adalah bersifat peribadi kepada Pengguna, dan disebabkan itu ia hendaklah menjadi tanggungjawab Pengguna untuk memastikan bahawa ia adalah selamat. Apa-apa arahan, pengesahan dan / atau komunikasi yang dihantar daripada akaun atau peranti Pengguna hendaklah dianggap dibuat oleh Pengguna tidak kira sama ada arahan, pengesahan dan / atau komunikasi tersebut sebenarnya dihantar oleh Pengguna.

 

  1. Pengguna pada setiap masa hendaklah memastikan bahawa Pengguna mempunyai dana / baki  yang mencukupi untuk membuat transaksi yang diinginkan melalui Akaun Pengguna Setel.

 

  1. Jika terdapat penipuan, atau penyalahgunaan akaun didapati berlaku melalui aplikasi, apa-apa baki kredit yang tinggal dalam Akaun Pengguna Setel akan secara automatiknya lucuk hak sejurus penyahaktifan Akaun Pengguna Setel dan baki kredit tersebut tidak akan dikembalikan kepada Pengguna.

 

  1. Jika terdapat mana-mana maklumat yang diberikan oleh Pengguna adalah tidak benar, tidak tepat, tidak terkini, atau tidak lengkap, Setel mempunyai hak untuk serta merta menamatkan Akaun Pengguna Setel dan menolak kesemua penggunaan Dompet Setel pada masa kini atau masa akan datang.

 

  1. Untuk menggunakan perkhidmatan bantuan auto, Pengguna dikehendaki untuk memberikan nama, nombor telefon, dan nombor plat kenderaan kepada Rakan Niaga berkaitan yang memberikan perkhidmatan tersebut. Sebarang permohonan untuk perubahan atau pembatalan selepas pembayaran dilengkapkan tidak akan diterima.

 

  1. Untuk menggunakan fungsi parkir Setel, Pengguna dikehendaki untuk terlebih dahulu melengkapkan tetapan kali pertama bagi mengesahkan dan menambah nombor plat kenderaan mereka di Aplikasi Setel. Pengguna juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa mereka mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun Setel sebelum keluar daripada tempat parkir.

 

  1. Untuk menggunakan fungsi parkir jalanan Setel, pengguna dikehendaki untuk memilih lokasi parkir dan tempoh parkir dengan bayaran parkir yang Tiada sebarang perubahan atau pembatalan dibenarkan selepas proses pembayaran dilengkapkan.

 

  1. Untuk membeli atau memperbaharui insurans kenderaan melalui Aplikasi Setel, pengguna hendaklah memastikan bahawa mereka memenuhi kesemua kriteria pembaharuan yang ditetapkan oleh penyedia insurans, iaitu Generali dan Etiqa.

 

  1. Untuk membeli atau memperbaharui insurans kenderaan melalui Aplikasi Setel, Pengguna hendaklah memastikan bahawa kenderaan tersebut hanya digunakan untuk tujuan peribadi sahaja. Pengguna hanya dibenarkan untuk memohon pembaharuan 12-bulan cukai jalanan kerana Setel tidak menawarkan tempoh pembaharuan 6 bulan.

 

  1. Untuk pembaharuan cukai jalan melalui Aplikasi Setel, Pengguna dikehendaki untuk membayar caj penghantaran dan perkhidmatan, dan caj tersebut hendaklah dikecualikan daripada bayaran cukai jalan.

 

  1. Para pelanggan boleh menggunakan fungsi Pemindahan P2P DuitNow setelah berjaya melaksanakan proses pengesahan eKYC.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan terma dan syarat, sila layari https://www.setel.com/terms

 

  1. Apakah risiko-risiko utama?

 

  1. Jika peranti mudah alih Pengguna dicuri, Pengguna dikehendaki menghubungi kami di hello@setel.com secepat mungkin bagi membolehkan kami untuk menggantung sementara akaun Pengguna daripada mana-mana penggunaan penipuan.

 

  1. Setel tidak dipertanggungjawabkan atas sebarang penggunaan yang tidak sah sebelum tarikh dan masa menerima laporan Pengguna.

 

  1. Pengguna hendaklah tidak mendedahkan atau berkongsi kod laluan atau OTP kepada pihak ketiga untuk mengelakkan risiko penipuan.

 

  1. Setel hendaklah tidak bertanggungjawab untuk sebarang pemilihan yang salah, penggunaan yang tidak sah, kerugian, pembalikan, bayaran, tuntutan, penalti, caj balik, yang ditanggung oleh Pemilik Dompet dan Ahli Dompet Keluarga.

 

  1. Pengguna bersetuju dan mengakui bahawa apa-apa transaksi berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh rakan niaga / rakan kongsi / penjaja pihak ketiga hendaklah dikomunikasi kepada dan diuruskan secara terus oleh penyedia perkhidmatan masing-

 

  1. Sila rujuk terma dan syarat Setel untuk maklumat lanjut berkenaan Polisi Bayaran Balik kami.

 

  1. Pengguna mengakui bahawa terdapat sesetengah risiko yang perlu dipertimbangkan apabila menggunakan Kad Kredit Petrol, seperti kemampuan bayaran balik Pengguna, dan dengan hanya membuat bayaran minimum baki yang perlu dibayar, akan menyebabkan tempoh bayaran balik yang lebih panjang dan tambahan kos keseluruhan sebagai tambahan kepada baki yang tertunggak. Tambahan lagi, caj kewangan yang dikenakan kepada baki yang tertunggak untuk Kad Kredit Petrol adalah berdasarkan struktur peringkat harga berdasarkan rekod pembayaran balik Pengguna.

 

  1. Pengguna juga mengakui bahawa akan terdapat kos tambahan jika Pengguna menggunakan Kad Kredit Petrol milik Pengguna untuk membuat pembayaran balik pembiayaan lain.

 

  1. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan kesemua bayaran yang perlu dibayar dibuat secara tepat pada masanya dan Pengguna perlu menghubungi bank Pengguna terlebih dahulu untuk membincangkan alternatif pembayaran balik jika terdapat isu dalam melangsaikan baki yang tertunggak.

 

  1. Pengguna harus memaklumkan bank Pengguna dengan segera jika Kad Kredit Petrol hilang, dicuri, digunakan untuk transaksi yang tidak sah, atau PIN telah terjejas.

 

  1. Pengguna bertanggungjawab untuk memastikan ketepatan maklumat penerima apabila memulakan pemindahan antara pengguna (P2P) DuitNow. Untuk maklumat penuh berkenaan dengan risiko tersebut, sila rujuk kepada Terma dan Syarat DuitNow QR.

 

  1. Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan kepada maklumat perhubungan saya?

 

Pengguna amat disarankan untuk mengemaskini maklumat terkini dan maklumat perhubungan mereka dalam aplikasi Setel atau menghantar maklumat peribadi Pengguna yang dikemaskini kepada hello@setel.com. Ini bagi menjamin urusan surat menyurat dan komunikasi yang tepat dan cepat.

 

  1. Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

 

Jika Pengguna mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di hello@setel.com atau melalui Live Chat kami di aplikasi bermula Isnin sehingga Ahad 7.00 am hingga 11.00 pm. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web kami di www.setel.com

 

Alamat:

 

Setel Ventures Sdn Bhd,

Suite 11-01, Level 11,

Vertical Corporate Tower B,

Avenue 10, The Vertical,

Bangsar South City,

No 8, Jalan Kerinchi,

59200, Kuala Lumpur.

 

Telefon: Mesej kami melalui WhatsApp di talian +60 18-988 1333

 

Emel: hello@setel.com

 

  1. Produk e-duit yang lain.

 

Pada masa kini, tiada produk e-duit yang lain ditawarkan oleh Setel.

 

NOTA: Maklumat yang disediakan dalam Helaian Pendedahan Produk ini dikeluarkan pada 26 Disember 2023 dan terpakai sehingga semakan berkala yang seterusnya.

 

Product Disclosure Sheet

Please read this Product Disclosure Sheet before you (“The User”) decide to sign up for a Setel account. Be sure to also read the Privacy Statement and general Terms and Conditions.

i. Treat Customers Fairly Charter

Setel Ventures Sdn. Bhd. (“Setel”) and the Setel Group are committed to deliver good financial consumer outcomes to our customers. We believe in building long-term and mutually beneficial relationships with our customers and hereby pledge our commitment to provide the highest standards of fairness in all our dealings with our customers.

To keep our customers’ interests and financial well-being protected, we at Setel commit to the following:

  • To embed fair dealing into our company’s corporate culture, code of conduct and core values;
  • To ensure that customers are provided with fair and transparent terms which are well communicated to customers;
  • To ensure that our staff, representatives, and agents exercise due care, skill and diligence when dealing with customers; and
  • To ensure that customers are provided with clear, relevant and timely information on financial services and products.


Pursuant to the above, Setel has set out relevant and timely information of our products and services offered on the Setel application to help our customers make an informed decision on our current and upcoming offerings.

ii. Product Disclosure – Key Features

1. What is this product about?

Setel Ventures Sdn. Bhd. (“Setel”) is offering prepayment services via our electronic money application or electronic wallet namely, Setel Wallet. Customers can use Setel Wallet to pay for their fuel purchases at PETRONAS stations, payment for items sold in Kedai Mesra and other retail purchases from participating merchants at their physical or online store.

Customers can download the Setel mobile application from the Apple Store, Google Play Store or HUAWEI App Gallery and register to become a user (“The User”) to enjoy the benefits such as not having to queue up at PETRONAS stations to refuel their vehicles, to purchasing items from Kedai Mesra conveniently from their car seats, as well as making purchases from participating merchants.

Customers can reload their Setel Wallet via;

  1. Credit card: Top up using Visa or Mastercard;
  2. Debit card: Top up using debit card issued by domestic banking institutions;
  3. FPX: Top up using internet banking channel;
  4. Boost Wallet; online top-up using Boost Wallet;
  5. GrabPay; online top-up using GrabPay Wallet;
  6. ShopeePay; online top-up using ShopeePay Wallet;
  7. Setel Vouchers; or
  8. Mesra points.

Reload of the Setel Wallet can be automated using a credit card or debit card with the auto top-up feature. The cap on the reload is based on the threshold set or a one-off reload transaction limit.

Customers can also link their preferred credit and/or debit cards to their Setel Wallet for direct deduction and charging to their cards where they can skip the constant need to reload their Setel Wallet via CardTerus. Most importantly, customers can better manage and monitor their spending by referring to the payment history in the Setel application.

The maximum limit for reload of the Setel Wallet is:

  1. RM500.00 (upon registration of an account); and
  2. RM5,000.00 (upon successful completion of the e-KYC process).

The maximum daily spending limit of transactions allowed with the Setel Wallet is:

  1. RM500.00 per transaction (excluding Setel Wallet reloads);
  2. RM2,000.00 per transaction (excluding Setel Wallet reloads and upon successful completion of the e-KYC process); and
  3. RM2,000.00 max per day (excluding Setel Wallet reloads)


2. What are the fees and charges I have to pay?

  1. The Setel mobile application is downloadable for free from the Apple Store, Google Play Store or HUAWEI App Gallery.
  2. No reload fee, refund fee or other fees will be charged to customers.


3. What are the key terms of this product?

  1. Customers can use the Setel Wallet to pay for their fuel purchases at PETRONAS stations, payment for items sold in Kedai Mesra and other retail purchases from participating merchants at their physical or online store.
  2. Customers can use the Family Wallet feature once the Setel Wallet Owner has successfully undergone the eKYC process.
  3. The Setel Wallet Owner may then select up to five (5) Family Wallet Members and he/she shall be responsible for his/her own selection of the Family Wallet Members.
  4. Family Wallet Owners can view and track their Members’ spending activities, limited only to the transactions made with the Owner’s Setel Wallet.
  5. The User must be eighteen (18) years old and above. If The User is below the age of eighteen (18) years, The User shall obtain The User’s parent or legal guardian’s consent prior to using the Setel application. The User’s parent or legal guardian shall be responsible for The User’s use of the Setel application and/or the services provided by Setel.
  6. The User is responsible for maintaining the security of The User’s log-in details, passcode, One-Time Password (OTP) and other information in relation to The User’s Setel Account. The User shall not share any personal details with any other parties.
  7. The User is responsible for all The User’s transactions made via the Setel application, including making regular checks on The User’s payment history regularly to ensure that The User’s account balance is correct and updated.
  8. The User’s Setel Account is personal to The User and therefore it shall be The User’s responsibility to ensure it is secure. Any instructions, confirmations and/or communications sent from The User’s account or device shall be deemed to have been issued by The User irrespective of whether the instructions, confirmations and/or communications were actually sent by The User.
  9. The User shall at all times ensure that The User has sufficient funds/balance to carry out any intended transaction through The User’s Setel Account.
  10. In the event of any fraud, misuse or abuse of account discovered to have occurred via the application, any remaining credit balance in The User’s Setel Account will be automatically forfeited upon deactivation of The User’s Setel Account and such credit balance shall not be refunded to The User.
  11. If any information provided by The User is untrue, inaccurate, outdated, or incomplete, Setel has the right to immediately terminate The User’s Setel Account and refuse all current or future use of the Setel Wallet.
  12. To use the auto assistance service, The User is required to share his/her name, phone number and vehicle plate number with the relevant Merchant providing such services. Any changes or cancellation requests made after payment has been completed shall not be accepted.
  13. To use the Setel parking feature, The User is required to first complete a one-time setup to authorise and to add his/her vehicle plate number(s) on the Setel App. The user is also responsible to ensure he/she has sufficient balance in the Setel account prior to exiting the parking lot.
  14. To use the Setel street parking feature, The User is required to select the parking location and the parking duration with the respective parking fee reflected. No changes or cancellations permitted after the payment process has been completed.
  15. To purchase or renew motor insurance via the Setel App, The User shall ensure that he/she fulfils all renewal criteria as set by the respective insurer, i.e Generali and Etiqa.
  16. For road tax renewals via the Setel App, The User is responsible to ensure that the vehicle is strictly for personal use only. The User is only allowed to apply for the 12-month road tax renewal as Setel currently does not cater to the 6-month renewal validity period.
  17. For road tax renewals via the Setel App, The User is required to pay for delivery and service fee and these shall be excluded from the road tax fee.

For more information on the terms and conditions, please refer to https://www.setel.com/terms

4. What are the major risks?

  1. In the event that The User’s mobile device is stolen, The User is required to contact us at hello@setel.com in a timely manner to enable us to temporarily suspend The User’s account from any fraudulent usage.
  2. Setel shall not be liable for any unauthorised usage prior to the date and time of receiving The User’s report.
  3. The User shall not expose or share The User’s passcode or OTP to a third party to avoid any fraudulent risks.
  4. Setel shall not be responsible for any wrongful selections, unauthorised use, losses, reversals, fees, claims, penalties, or chargebacks, incurred by the Setel Wallet Owner and Family Wallet Members.
  5. The User agrees and acknowledges that any transactions related to services provided by third-party merchants/partners/vendors shall be communicated to and dealt directly with the respective service provider.
  6. Please refer to Setel’s terms and conditions for further information on our Refund Policy.
  7. The User acknowledges that there are certain risks to consider when using the Petrol Credit Card, such as The User’s repayment capacity, and that by making only the minimum payment due, it can result in a lengthier repayment period and additional overall costs on top of the outstanding balance. Additionally, the finance charges imposed on the outstanding balance for the Petrol Credit Card is based on The User’s bank’s tiered pricing structure in accordance with The User’s repayment history.
  8. The User also acknowledges that there would be additional costs if The User uses his/her Petrol Credit Card to make repayment for other financing.
  9. The User is responsible for ensuring all payments due are timely made and that The User shall contact his/her bank in advance to discuss repayment alternatives in the event there are issues in settling the Petrol Credit Card’s outstanding balance .
  10. The User should notify his/her bank immediately in the event that the Petrol Credit Card is lost, stolen, utilised for an unauthorised transaction or if the PIN may have been ompromised.


5. What do I need to do if there are changes to my contact details?

It is strongly recommended that The User updates their latest information and contact details in the Setel application or submit The User’s updated personal details to hello@setel.com. This is to ensure timely and accurate correspondence and communication.

6. Where can I get further information?

If The User has any enquiries, please contact us at hello@setel.com or via our Live Chat on the app from Monday to Sunday 7.00am to 11. 00pm. More information is available on our website at www.setel.com

Address:

Setel Ventures Sdn Bhd,
Suite 11-01, Level 11,
Vertical Corporate Tower B,
Avenue 10, The Vertical,
Bangsar South City,
No 8, Jalan Kerinchi,
59200, Kuala Lumpur.

Tel: Message us on WhatsApp at +60 18-988 1333 

E-mail: hello@setel.com

7. Other e-money products available.

Currently, there are no other e-money products offered by Setel.

NOTE: The information provided in this Product Disclosure Sheet is issued as at 25th May 2023 and will be valid until the next periodical review.